gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Lee Je-hoon Kembali! Taxi Driver Musim 3 Lebih Kejam, Gelap
HIBURAN
Anak-Anak Anggota Nasyid Rabbani Dilantik Ikon Kursus Mutawwif, Auto Dapat Tempahan Satu Bas! - "Aeydan Muda, Ada Wajah-Wajah ..."
HIBURAN
Shila Amzah Dapat Layanan Seperti ‘Princess’ Sejak Ada Ubai - “Sebelum Ini Saya Tak Pernah…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Isu Kenyataan Fitnah: Saari Amri Mohon Maaf Pada Gitaris Barbarik, JoBranko

Asyikin Mayudin
Asyikin Mayudin
04/07/2025
12:25 MYT
Sponsor Banner
Isu Kenyataan Fitnah: Saari Amri Mohon Maaf Pada Gitaris Barbarik, JoBranko
Komposer dan penulis lirik, Saari Amri, tampil membuat permohonan maaf kepada gitaris, JoBranko atau nama sebenarnya Abdul Zamin B Abdul Kadir, selepas mengakui telah membuat kenyataan yang tidak benar dan mengelirukan dalam sebuah sesi temuramah baru-baru ini.
Permohonan maaf itu merujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh Saari Amri dalam satu sesi
temubual yang disiarkan di platform YouTube bertajuk ‘Sembang Pantai Timur – Saari Amri
Pernah Kena Khianat Hilang Syarikat Rakaman’ terbitan THR Gegar pada 12 Jun 2025.
Dalam temu bual tersebut, Saari telah menyebut nama JoBranko sebagai individu yang terlibat
dalam isu pembelian premis atau studio rakaman, yang mana perkara itu adalah tidak benar
sama sekali.
“Saya secara khilaf telah menyebut nama JoBranko dalam temubual tersebut, walhal beliau
langsung tidak tahu menahu dan tidak terlibat dalam isu yang saya ceritakan.
“Saya amat kesal dan mohon maaf secara terbuka,” katanya.
Menurut Saari, kenyataan tersebut dibuat secara tidak sengaja tanpa niat untuk memfitnah atau mengaibkan mana-mana individu.
Dia juga menjelaskan bahawa sejak mengalami kemalangan serius pada tahun 1997, beliau
kadang kala menghadapi kesukaran mengingati fakta yang tepat.
“Diakui selepas saya mengalami kemalangan, saya selalu terlepas cakap tanpa memikirkan
kesahihan kata-kata saya.
“Saya amat menghargai keikhlasan JoBranko yang sudi menerima permohonan maaf saya dan
memilih untuk menyelesaikan isu ini secara baik.
“Saya berharap kenyataan ini dapat menghentikan sebarang spekulasi serta menjaga nama baik beliau sebagai anak seni yang dihormati,” tambah Saari lagi.
Sementara itu, peguam kepada JoBranko, Colin Victor George dari Tetuan Colin Victor & Co.,
menjelaskan bahawa pihaknya telah membuat semakan terperinci terhadap kenyataan tersebutdan mendapat pengesahan daripada pihak ketiga bahawa dakwaan yang dikaitkan dengan JoBranko adalah tidak berasas.
“Kami telah meneliti rakaman temu bual dan mendapatkan bukti berkaitan daripada pihak ketiga. Hasil siasatan kami mendapati JoBranko tidak pernah terlibat dengan mana-mana urusan pembelian premis atau studio seperti yang dinyatakan.
“Selepas perbincangan, Saari mengakui kekhilafannya dan bersetuju untuk membuat
permohonan maaf secara terbuka, manakala JoBranko pula menerima permohonan maaf itu
dengan hati terbuka,” katanya.
Sementara itu, Colin memberi peringatan tegas kepada orang awam, terutamanya pengguna
media sosial, agar lebih berwaspada dalam mengeluarkan sebarang kenyataan atau komen
berbentuk fitnah.
“Kami sedang memantau kenyataan-kenyataan fitnah yang berlegar di media sosial dan telah
mengenal pasti beberapa individu yang membuat kenyataan atau komen di media sosial yang
mengaibkan JoBranko dan tindakan sewajarnya sudah diambil.
“Penyebaran fitnah bukan sahaja membawa implikasi undang-undang, malah mencemarkan nama baik individu yang tidak bersalah,” tegasnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement