Berita
DBKL Batal Sambutan Ambang Merdeka
Sambutan Ambang Merdeka 2024 anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Dataran Merdeka pada 30 Ogos ini dibatalkan.
Hormat Keadaan Semasa
Menerusi sebuah kenyataan di Facebook, pihak DBKL memaklumkan sambutan ambang merdeka yang dimeriahkan dengan persembahan artis itu dibatalkan.
Menurut kenyataan itu, pembatalan itu adalah sebagai menghormati mangsa beberapa insiden yang berlaku di sekitar pusat bandar raya ini, baru-baru ini.
"Marilah kita bersama-sama menghayati erti kemerdekaan dengan penuh semangat patriotisme," tulis dalam satu kenyataan.
Terdahulu, media melaporkan kejadian tanah jerlus pada Jumaat lalu yang menyebabkan seorang wanita dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, dari Kuppam, Andhra Pradesh, India hilang.
Mangsa dilaporkan terjatuh ke lubang sedalam lapan meter di lokasi itu dengan operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang memasuki hari keenam, hari ini.