Hiburan
“Dekat Set Main TikTok, Sampai Tak Hafal Dialog” - Lana Nodin Rimas, Beri Teguran Pada Pelakon BBNU
Pelakon Lana Nodin meluahkan rasa kurang senang dengan sikap segelintir pelakon yang digelar Budak-Budak Baru Nak Up (BBNU) di set penggambaran.
Sibuk main TikTok, tak hafal dialog
Menurut Lana, sikap mereka yang acuh tidak acuh dan sibuk bermain TikTok selain tidak menghafal skrip boleh menyusahkan orang lain.“Ni sis nak beritahu budak BBNU yang nak berlakon! Kalau korang dekat set dok main telefon, main TikTok, sibuk dengan sosial media korang sampai tak hafal dialog, bukan script je aku baling kerusi pun boleh melayang!
“Menyusahkan orang bila masuk set tak prepare dialog ke laut. Lepas tu orang baling skrip kata buli,” tulisnya menerusi Insta Story baru-baru ini.
Menyusahkan orang lain
Dalam hantaran yang sama, Lana juga berkongsi pengalaman ada yang pernah dipaksa mandi air batu gara-gara tidak menghafal skrip.
“Hello zaman aku mula-mula berlakon dulu bukan baling skrip je, mandi air batu pun orang buat bila kau tak hafal skrip menyusahkan orang lain.
“Baik duduk rumah cari orang kaya jaga kau tak payah berlakon,” tegurnya.
Terdahulu, media ada melaporkan bahawa ada segelintir pelakon baharu mengakui diri mereka pernah dibuli di set penggambaran.