Dengar Nasihat Peguam, Adam Shahz Takkan Kongsi Mengenai Hak Penjagaan Anak Di Media Sosial Lagi – “Bila Sekali Tersiar Susah Sangat Nak Hapuskan”
Ambil Langkah Berdiam
Menurut Adam atau nama sebenarnya Nor Shah Azli Abdol Ghani, pendiriannya itu dibuat selepas mendapatkan nasihat daripada peguamnya yang melarang dia membuat sebarang hantaran demi kebaikan semua pihak.
“Benda ini bila ia dah sekali tersiar dalam media sosial susah sangat nak dihapuskan, itu sebab saya saya mengambil langkah untuk berdiam.
“Saya senang, memudahkan kedua belah pihak,” ujarnya kepada Gempak.
Syukur Dapat Jenguk Anak
Dalam pada itu, Adam mengakui gembira apabila dapat menjenguk anaknya itu biarpun kes dengan bekas isterinya yang juga pelakon, Fatin Afeefa masih berjalan di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.
“Alhamdulillah, kerap juga (berjumpa), bila saya ada masa lapang atau bila anak hubungi suruh ambil, saya akan pergi dapatkan dia. Tiada masalah pun dalam hal ini.
"Bergantung bila saya lapang, saya boleh ambil Ivy. Apa yang mahkamah beri sebelum ini masa keputusan interim.
“Sementara kami dalam proses mahkamah saya boleh ambil bila-bila kalau tak mengganggu persekolahan anak,” kongsinya.
Tambah Adam lagi, dia berpendapat setiap ibu bapa yang mengalami perpisahan pasti mahukan keadilan sekali gus kasih sayang anak juga tidak terabai.
“Saya tahu setiap ibu bapa yang mengalami perceraian dan ada anak, mereka sebenarnya nak benda ini adil untuk kedua-dua belah pihak.
"Mungkin kita tak nak susahkan sesiapa dan kalau boleh kita nak anak itu dapat kasih sayang kedua-dua belah pihak secukupnya," tutupnya.