Berita
Dengar Suara Ghaib, Remaja 14 Tahun B*nuh Nenek & Bapa, Ibu Tenat Ditikam
Seorang remaja berusia 14 di Jakarta, Indonesia mendakwa melakukan jenayah yang menggemparkan di kawasan perumahan di Cilandak selepas mendapat ‘arahan’ dan bisikan ghaib untuk berbuat demikian.
Remaja yang dikenali dengan identiti MAS melakukan perbuatan kejam apabila menikam ayahnya, 40, dan nenek, 69, sehingga mati pada 30 November lalu.
Ibunya pula yang berusia 40 tahun kritikal selepas ditikam dan sedang mendapatkan rawatan di hospital berdekatan, lapor Detik.com.
Menerusi laporan sama, remaja tersebut didapati negatif dadah namun dia mengaku kepada pihak polis menikam mati ahli keluarganya kerana mengalami keresahan.
“Menurut suspek dia mengalami masalah tidur dan sejak itu telah mendapat arahan serta bisikan ghaib. Dia sangat resah jadi berlaku kejadian (bunuh) itu,” ujar wakil polis.
BERITA TRENDING: Berang Dicurangi, Lelaki Tikam Isteri Berkali-Kali Hingga Mati
Suspek diketahui membunuh ayahnya terlebih dahulu, lalu menikam ibu dan neneknya. MAS menikam ibu dan bapanya sewaktu mereka sedang tidur sekitar pukul 1 pagi waktu tempatan."(Yang ditikam bapaknya, ibunya, baru neneknya," kata kenyataan sama.
MAS berjaya ditangkap selepas kelihatan sangat mencurigakan sewaktu cuba melarikan diri selepas melakukan jenayah tersebut.
BERITA TRENDING: Pastor Didakwa Bunuh, Simpan Mayat Ibu Dalam Peti Sejuk Beku
BERITA TRENDING: Remaja 14 Tahun Bunuh D*ri Tak Tahan Dibuli, Diludah Kerana Tiada Rumah
BERITA TRENDING: Pelajar Malaysia Dihukum Penjara Seumur Hidup, Bunuh Bayi Sendiri Di UK
Must-Watch Video