gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
DRAMA
Astro Originals Honey Trap Angkat Isu Skizofrenia Dengan Penuh Sensitiviti - “Kami Sangat Sedar Akan…”
VIRAL
Lelaki Kahwini Patung Kayu Penuhi Hasrat Bapa - "8 Anak Saya Sudah Berkahwin Jadi..."
HIBURAN
Selesa Hidup Terpencil, Jet Li Alami Social Anxiety
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

VIRAL

Lelaki Kahwini Patung Kayu Penuhi Hasrat Bapa - "8 Anak Saya Sudah Berkahwin Jadi..."

Gempak
Gempak
27/06/2025
16:40 MYT
Sponsor Banner
Lelaki Kahwini Patung Kayu Penuhi Hasrat Bapa - "8 Anak Saya Sudah Berkahwin Jadi..."
Seorang lelaki di India mencetuskan sensasi selepas berkahwin dengan patung kayu wanita atas permintaan bapanya yang berusia 90 tahun.
Menurut laporan The New Indian Express, perkahwinan unik itu berlangsung pada 18 Jun 2025 di daerah Ghapur, dengan kehadiran ahli keluarga dan seorang sami Hindu.
Lelaki terbabit merupakan anak bongsu daripada sembilan beradik dan dikatakan kurang bernasib baik dalam kehidupan, termasuk tidak memiliki harta serta tidak menonjol dalam bidang akademik.
Bapanya, Shiv Mohan, memberitahu media ANI bahawa dia mahu semua anak lelakinya berkahwin sebelum dia meninggal dunia.
“Lapan anak saya sudah berkahwin, jadi saya sarankan yang bongsu berkahwin dengan patung,” katanya.
Upacara tersebut menyaksikan patung wanita bersaiz manusia lengkap berpakaian sutera merah, dibawa mengelilingi api sebanyak tujuh kali mengikut ritual tradisi perkahwinan Hindu.
Media tempatan memaklumkan bahawa perkahwinan simbolik dengan patung bukanlah sesuatu yang asing di beberapa kawasan di India, terutama apabila melibatkan kepercayaan tradisional untuk menghapuskan nasib malang. – Agensi
Topic Berkaitan
#Kahwin
#India
#Bapa
#Patung
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement