Berita

Detik Ngeri Lima Saat Dalam Mulut Ikan Paus

Gempak
15/02/2025
02:55 MYT
Sponsor Banner
Detik Ngeri Lima Saat Dalam Mulut Ikan Paus
Seorang lelaki di Chile berdepan detik mencemaskan selepas hampir ditelan seekor ikan paus spesies humpback.
Adrian Simancas sedang berkayak di pantai bandar Patagonia, Punta Arenas, Chile ketika mamalia gergasi itu muncul ke permukaan air secara tiba-tiba dan cuba menelannya.
Paus itu bagaimanapun memuntahkan semula Simancas kira-kira lima saat kemudian.
Insiden luar biasa itu turut dirakamkan bapanya dan menjadi tular di media sosial.
Pemuda berusia 24 tahun itu memberitahu dia terlihat objek besar berwarna biru dan putih di bawah permukaan air sebelum ia melompat keluar lalu membahamnya.
"Saya keliru dengan apa yang berlaku. Pada mulanya, saya menyangka sudah ditelan paus itu," katanya.

BERITA BERKAITAN: Suami Maafkan Isteri Ditangkap Khalwat

BERITA BERKAITAN: Kakitangan Awam Di Indonesia Diberi Pilihan Kerja 4 Hari Seminggu!

BERITA BERKAITAN: Kapal Terbang Bawa 176 Penumpang Terbakar Di Busan

BERITA BERKAITAN: Model Kacak Diserang Sotong Gurita Ketika Berenang

Sumber: Sinar Harian
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024