Laman Utama

“Dia Ikut Kerja, Nak Cari Duit Beli Wallet PS5,” - Bagusnya Ozlynn Didik Anak, Pandai Cari Rezeki

Mya Amri
06/01/2022
13:12 MYT
Sponsor Banner
“Dia Ikut Kerja, Nak Cari Duit Beli Wallet PS5,” - Bagusnya Ozlynn Didik Anak, Pandai Cari Rezeki
Melentur buluh biarlah dari rebungnya… Itulah ungkapan sesuai diberikan kepada pelakon Ozlynn dalam mendidik anak-anaknya.
Sebagai seorang ibu yang bekerja, Ozlynn tidak keberatan untuk membenarkan anaknya merasai pengalaman bekerja dari muda.
Walaupun hanya sekadar mengikuti di tempat kerja dan menguruskan Ozlynn, namun pengalaman yang ditimba pasti akan berguna buat anaknya.
Ozlynn juga berkongsi perkara itu menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya.
Kata Ozlynn, keinginan Haziq untuk bekerja adalah disebabkan mahu mengumpul duit untuk membeli permainan yang diinginkan dengan menggunakan hasil titik peluh sendiri.
“The Best p.a… Lewat macam mana pun habis kerja tetap jalankan tanggungjawab jaga mama, air botol mama dekat tangan dengan skrip.
“Director cut je air sampai terus depan muka dengan skrip... Betul-betul dia ikut apa yang papa dia pesan. Ha masalah dia satu, tidur lewat nak bangun subuh je. Rengek… Ha part ni mama kena bawa bersabar sikit la.
“Makna ada kelebihan ada juga kekurangan tapi yang paling best dia selalu offer diri nak tolong even kita tengah masak pun dia akan tanya ada benda yang Haziq boleh tolong.
“Haih my bambam yang syomel! Ni dia ikut kerja sebab nak cari duit nak beli wallet ps5 katanya jadi ada ketika dia masuk opis papa dia tolong tampal resit.
“Kalau abang dia masuk opis papa, papa suh cuci jamban, vacum opis. Ada saja cleaner tapi papa dia kata, senang training awal, esok duduk sendiri tak ada la jamban keladak lepas itu suruh bini berus,” kongsinya.
Dalam hantaran yang sama, Ozlynn juga bersyukur kerana dikurniakan seorang suami seperti Johan, yang mempunyai sifat bertolak ansur.
“Yang penting suami ada hati nak belajar dan membantu bukan takat arah, lepas tu balik rumah buat muka penat main handphone!
“Yang penting suami tahu buat kerja rumah tanpa isteri suruh, sebab suami bukan anak yang perlu kita bagitahu apa yang perlu buat.
“Dapat suami yang ada hati bantu ringankan urusan isteri juga satu rezeki. Pelan-pelan belajar. Senangkan hati isteri senang la urusan suami,” coretnya.
Untuk rekod, selain Haziq, pasangan Ozlynn dan Johan mempunyai lima orang cahaya mata iaitu Ariq, Sodiq, Chantiq, Moleiq dan Cherdiq.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar