Hiburan

“Dia Wanita Hebat & Kuat, Saya Kenal Dia Sangat…” - Faiz Aizif Dedah Sifat Peribadi Datuk Seri Vida

Umirah Halim
28/11/2024
03:25 MYT
Sponsor Banner
“Dia Wanita Hebat & Kuat, Saya Kenal Dia Sangat…” - Faiz Aizif Dedah Sifat Peribadi Datuk Seri Vida

Kes penyitaan aset milik usahawan selebriti Datuk Seri Vida masih hangat diperkatakan di media sosial.

Terbaharu, seorang personaliti media sosial yang dikenali sebagai Faiz Aizif meluahkan pendapatnya mengenai kes tersebut.

Sifat peribadi

Takut melihat komen-komen yang dilemparkan oleh warganet terhadap usahawan itu, Faiz tampil mendedahkan peribadi Vida yang dikatakan seorang wanita yang hebat dan kuat.

Malah, video tersebut juga memaparkan video dirinya bersama Datuk Seri Vida di dalam kereta.

@faiz.aizif Musibah Orang Adalah Ujian Bagi Kita. Jangan kita hukum Orang, Kita Bukan Tuhan. Cukup Kita doakan, Semoga Yang Terbaik Buat @QU PUTEH BARULAH PUTEH ❤️? Dia hebat, Dia Kuat. Dia.. DSV.. #faizaizif #tokbabahfaiz #faizsoul #jiwafaiz ♬ Kamu Dan Kenangan - Shanna Shannon

“Takut tengok komen orang tentang kes DSV.

“Saya cuma mampu cakap. Dia wanita hebat, saya kenal dia sangat. Dia sangat hebat & kuat.

"Musibah orang adalah ujian bagi kita. Apapun kita doakan DSV sama-sama ya,” tulis individu tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Ada Surat Sita Barang, Tapi Tiada Waran Masuk Rumah’ - Vida

ARTIKEL BERKAITAN: Ucap Terima Kasih, DSV Anggap Isu Viral Hanya Ujian - “Walaupun Memang Aib”

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen rata-rata warganet turut mendoakan yang terbaik buat usahawan tersebut.

“Moga Allah permudahkan segala urusan Datuk Seri Vida dan keluarga.

“Datuk Seri Vida orang nya baik, dia sentiasa tenang melakukan apa-apa pun walaupun orang hina dia.

“Mungkin ada sebab so fikir positif je, macam-macam orang nak jatuhkan Datuk Vida dan orang dah berjaya,” komen beberapa netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: "Guys Sabarlah Pasal Yang Kena Sita Tu, Insya-Allah Semua Akan Okey" - Cik B

ARTIKEL BERKAITAN: Datuk Seri Vida Mohon Beri Ruang Selesaikan Kes Hutang Lebih RM1 Juta - "Saya Telah Lantik Peguam"

Terdahulu, Vida didakwa gagal menjelaskan bayaran baki tunggakan kepada sebuah syarikat kontraktor pembinaan, Ah Design Communication sebanyak RM1,060,285 pada tahun 2018.

Sehubungan itu, empat kereta mewah antara barangan miliknya yang disita di kediamannya di Meru, Ipoh setelah gagal melunaskan tunggakan bayaran ubah suai bangunan kilang miliknya.

Empat kereta yang disita ialah dua buah Vellfire, satu Toyota Grand Hiace dan sebuah BMW X7, selain semua barangan di dalam rumahnya.

Perintah penyitaan itu dikeluarkan oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Ipoh, Anis Hanini Abdullah selepas membenarkan permohonan Mohammad Taufik Kamarul daripada Ah Design Communication Sdn. Bhd.

Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024