Hiburan
Didakwa Bercuti Ke Bali Bersama Meerqeen, Ameera Khan; “Saya Ada Teman Lelaki… Shut Your Mouth!”
Pempengaruh media sosial Ameera Khan atau lebih dikenali sebagai Little Miss Khan tampil memberi respons terhadap dakwaan dia bercuti di pusat peranginan Bali bersama aktor, Meerqeen.
Nafi Bercuti Dengan Meerqeen
Menerusi entri di Instagram Stories, Ameera yang juga adik kepada selebriti dan usahawan popular Neelofa menafikan dakwaan tersebut.
Menurut Ameera, dia ke Bali bersama bersama sepupu perempuannya, Aisha serta ditemani pengawal pengiring serta pemandu dan bukan bersama Meerqeen seperti yang didakwa netizen baru-baru ini.
“Saya di Bali bersama sepupu, Aisha, bodyguard dan pemandu. Hanya kami berempat,” tulis Ameera.
Sudah Ada Teman Lelaki
Jelas Ameera lagi, dia juga memaklumkan sudah mempunyai kekasih yang kini berada di London.
“Saya ada teman lelaki dan dia berada di London.
“Saya tak perlu jelaskan tetapi sesetengah daripada anda sudah melebih lol.
“Shut your mouth and piss off,” jelas Ameera lagi.
Terdahulu, netizen membuat spekulasi Ameera ke Bali bersama Meerqeen apabila mendakwa terlihat sosok wajah aktor itu di pantulan pisau dalam sebuah foto Ameera.
Untuk info, nama Ameera juga pernah terkait apabila dikatakan menjalin cinta dengan Meerqeen namun menafikan perkara tersebut dan menjelaskan mereka hanyalah sekadar kawan.
ARTIKEL BERKAITAN: Bukan Tatu ‘Butterfly’, Ameera Khan Tak Sangka Ada Alergi Inai - “Kulit Saya Mula Terkopek & Berdarah”
ARTIKEL BERKAITAN: Meerqeen Akui Serba Salah Bila Digosipkan Bercinta Dengan Ameera Khan
ARTIKEL BERKAITAN: "Ramai Orang Ingat Baby Dengan Meerqeen Bercinta, Padahal ..." - Ameera Khan
ARTIKEL BERKAITAN: Meerqeen, Ameera Khan Jalan-Jalan Bersama Di Paris! Ada Apa-Apa Ker Tu?
ARTIKEL BERKAITAN: Bukan Jefri Nichol? Ameera Khan Beri Bayangan Sedang Mengenali Individu Dengan Nama Bermula Huruf A?
ARTIKEL BERKAITAN: Ada Yang Sangka Ini ‘Kekasih’ Baharu Ameera Khan, Tapi Rupa-Rupanya…
#Netizen
#Bercuti
#Kekasih
#Ameera Khan
#Influencer
#Bali
#Little Miss Khan
#Meerqeen
#Spekulasi
#Dakwaan
#Pempengaruh