Apa sahaja yang dikongsikan oleh Ameera Khan, pasti meraih perhatian netizen.

Selepas berkali-kali dikaitkan mempunyai hubungan dengan pelakon dari seberang, Jefri Nicol, kali ini, Ameera dilihat memberikan bayangan dia sedang berkomunikasi bersama seorang individu yang mempunyai pangkal nama bermula huruf A.

BACA: Ada Yang Sangka Ini 'Kekasih' Baharu Ameera Khan, Tapi Rupa-Rupanya...

Menerusi satu tangkap layar yang dikongsikan di Instagram Story, Ameera berkongsi perbualan dengan individu tersebut.

Pada tangkap layar berkenaan, individu tersebut menyatakan rasa rindu kepadanya dan meminta gambar daripada Ameera.



Adik kepada Neelofa itu kemudian berkongsi dua keping foto dan membalas: “I miss you most x.”

Kemudian, individu tersebut menjawab: “Kamu adalah gadis yang paling cantik dalam dunia,” tulisnya.

BACA: "Ameera Ni Baik... Kalau Dapat Orang Yang Betul, Dia Boleh Jadi Isteri Yang Baik," - Neelofa

Terdahulu, Gempak meminta Neelofa mengulas mengenai hubungan cinta dan jangkaan keluarga terhadap bakal suami Ameera.

Menurut Neelofa, dia berharap agar Ameera bertemu dengan lelaki baik yang boleh membimbing adiknya.