Selebriti media sosial dan adik kepada Neelofa, Ameera Khan menyorot perhatian netizen apabila memuat naik gambar seorang lelaki di Instagramnya baru-baru ini.
Menerusi gambar yang dikongsikan, Ameera dilihat sedang duduk di bahagian penumpang hadapan sebuah kenderaan manakala lelaki tersebut berada di luar.
“His pov vs my pov,” tulis Ameera di ruangan kapsyen.
Meninjau ruangan komen, ada beberapa wargamaya yang menyangkakan lelaki tersebut merupakan ‘teman istimewa’ Ameera.
“Boyfriend?” tulis seorang netizen.
Namun, menerusi ruangan balas, beberapa pengguna media sosial lain menerangkan yang lelaki berkenaan merupakan bapa saudaranya.
“Pak cik dia lah,” ujar seorang pengguna media sosial.
Sebelum ini, Ameera Khan kembali aktif di Instagram selepas hampir lima bulan tidak berkongsi sebarang perkembangan terkini di media sosial.
Posting di Instagramnya juga ‘disimpan’ dan kembali diterbitkan sebaik sahaja dia kembali aktif di alam maya.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Izwan Isa
Mon Jan 09 2023

_1.png?ext=.png)
Nama 'Alif' Jadi Kontroversi, Alif Satar Kena Tempias Netizen - "Yang Ni Perlu Perbaiki..."
Kerana Alif setitik, rosak Alif sebelanga

Taylor Swift Bawa Keluarga Peminat Yang Maut Tonton Konsert Terakhir Di Brazil
Penyanyi Taylor Swift masih terkesan dengan kematian salah seorang peminatnya