Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Didakwa Cerai Sebab Ada Masalah Kesihatan Lelaki, Fazley Yaakob; "Azrene Pernah Gugur 13 Kali, Dekat Mananya Saya Tak Sihat?"

Ernalisa 19/10/2024 | 02:55 MYT

Hanya tergelak! Demikian reaksi cef selebriti dan penyanyi, Datuk Fazley Yaakob ketika ditanya mengenai penyebaran khabar angin mendakwa dirinya mengalami masalah kesihatan lelaki yang menjadi punca perceraian dengan bekas isteri, Datin Azrene Soraya Abdul Aziz.

BERITA BERKAITAN : Fazley Yaakob Anggap Perpisahan Bukan Satu Pengakhiran, Hubungan Kekeluargaan Tetap Utuh! - “Perceraian Tidak Bermakna Anak-Anak Perlu Sengsara…”

BERITA BERKAITAN : Anggap Wajah Asyik Jadi Duta Produk Sebagai Rezeki, Dato Fazley Tampil Dengan Koleksi Wangian Bau Pastri!

BERITA BERKAITAN : Berbual Dengan OKU, Ramai Tak Sangka Datuk Fazley Rupanya Tahu Guna Bahasa Isyarat - “Boleh Lah Sikit Sebab Aunty Saya Juga Sama”

BERITA BERKAITAN : Fazley Yaakob Jawab Dakwaan Raf Dah Ada Pengganti Baru - "Saya Rasa Betul Lah.."

Jelas Fazley, dia tidak tersinggung dengan penularan kisah yang tidak sahih itu dan menyifatkan ia sebagai jenaka yang tak masuk akal.

"Azrene pernah keguguran 13 kali dan anak saya empat orang sekarang ni.

“Kenyataan itu kelakar sebenarnya. Semasa saya umumkan hari penceraian saya, ramai yang menghantar DM mengenai perkara ini.
“Tapi jujur saya katakan, ia langsung tidak membuakan saya terasa hati… malah saya tergelak… sebab kelakar.
“Mungkin mereka tidak tahu saya telah lama dilantik sebagai duta klinik kesihatan lelaki, dan isteri saya juga waktu itu pernah alami keguguran 13 kali, namun saya tetap dikurniakan empat orang anak. Mana tak sihatnya?
“Jadi perkongsian kenyataan media sosial yang mengatakan saya bercerai sebab alat suliy saya tidak berfungsi itu langsung tak betul.
"Saya hanya boleh tergelak bila ramai yang DM saya bagi tahu perkara ini,” katanya kepada Gempak.
Terbaharu, sebuah akaun TikTok berkongsi voice note Fazley mengenai berita penceraiannya sebelum ini, dengan tajuk utamanya bertulis; ‘Alat Sulit Datuk Fazley Terkulai… Punca Isterinya Minta Cerai.’
Ditanya adakah Fazley bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap penyebaran kisah berkenaan, pelantun lagu Asmara Ini enggan memanjangkan perkara terbabit.

“Ada orang nasihat dan tanya saya, ‘Fazley, tak nak saman ke perkara-perkara sebegini?’

“Bagi saya, saman-menyaman ini dari dulu saya sudah buat, jadi biarlah. Saya maafkan mereka,” katanya.
Dalam pada itu, Fazley berkata, tuduhan palsu itu dilihatnya sebagai usaha untuk menaikkan rating blog atau laman sosial tertentu.
Fazley sebelum ini mengesahkan sudah bercerai dengan Azrene Soraya Abdul Aziz atau Azrene Ahmad, beberapa bulan lalu, selepas 18 tahun hidup bersama.
Fazley dan Azrene mendirikan rumah tangga pada 2006.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat orang anak, iaitu Ahmad Fariedz Shah, 15, Ahmad Fieradz Shah, 14, Ahmad Fierudz Shah, 13, dan Alayna Selma, 7.

#Bercerai #Kesihatan #Fazley #Masalah #tergelak
;