,
Hiburan

Fazley Yaakob Anggap Perpisahan Bukan Satu Pengakhiran, Hubungan Kekeluargaan Tetap Utuh! - “Perceraian Tidak Bermakna Anak-Anak Perlu Sengsara…”

Asyikin Mayudin
15/10/2024
08:31 MYT
Tidak lagi bergelar suami isteri, cef selebriti dan penyanyi Datuk Fazley Yaakob masih menjalani kehidupan seperti biasa bersama bekas isteri, dan anak-anak mereka.
18 tahun hidup bersama, Fazley memberitahu hubungan kekeluarga tetap utuh meskipun dia dan bekas isteri iaitu Azrene Soraya Abdul Aziz mengambil keputusan untuk berpisah.
“Saya, Azreen dan anak-anak sangat okay, tak ada masalah. Kalau tengok Instagram saya beberapa hari lalu pun sama seperti biasa, kami keluar bersama macam biasa walaupun kami dah berpisah dalam akad.

“Tidak ada lagi perkataan yang melambangkan suami isteri, tapi hubungan kekeluarga itu masih utuh seperti mana 18 tahun kami bersama. Anak-anak pun tak rasa ada apa-apa kekangan di antara hubungan kami.

“Kehidupan kami pun macam biasa, yang bezakan cuma hubungan tidak lagi suami isteri,” kata Fazley menerusi kenyataan yang diberikan melalui voice note di Whatsapp.
Pada perkongsian yang sama, penyanyi lagu Asmara Ini turut menganggap perpisahan mereka bukanlah satu pengakhiran dah anak-anak juga tidak akan melalui kesengsaraan disebabkan perceraian itu.
“Saya percaya perceraian itu tidak bermakna berakhir sebuah kasih sayang, perceraian itu tidak bermakna berakhir sebuah kekeluarga, perceraian tidak bermakna anak-anak perlu sengsara dalam perpisahan.

“Pada saya, ungkapan yang saya boleh kongsi dan jadikan pegangan bukan sahaja saya tapi Azreen dan anak-anak, tidak semua yang pahit itu racun, tidak semua yang manis itu madu.

“Kehidupan perlu diteruskan… anak-anak memahami dan menghormati,” ujarnya lagi.
Sebelum ini, Fazley menerusi kenyataan rasmi mengesahkan dia dan Azrene Soraya Abdul Aziz atau Azrene Ahmad sudah sah bercerai pada beberapa bulan lalu.
Hasil daripada perkahwinan selama lapan belas tahun, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata.
Mereka mempunyai tiga orang anak lelaki iaitu Ahmad Fariedz Shah, 15, Ahmad Fieradz Shah, 14, dan Ahmad Fierudz Shah 13 dan seorang anak perempuan, Alayna Selma 7.

BERITA TRENDING: 18 Tahun Bersama, Fazley Yaakob Sah Cerai - “Semoga Dengan Adanya..”

BERITA TRENDING: Adam Shahz Nafi Kediaman Diduduki Merupakan Pejabat & Rumah Perlindungan - “Alamat Yang Saya Guna Hanya Untuk…”

BERITA TRENDING: Tanah Runtuh Akibat Hujan Lebat, Kawasan Rumah Sharifah Shahirah Antara Yang Terjejas - “Jadi Depan Mata…”

BERITA TRENDING: Adam Shahz Enggan Bayar Nafkah Anak RM1,000, Fatin Afeefa Syukur Suami Sudi Bantu - “Saya Harap Mahkamah Berpihak Pada…”

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ada Sebab Diana Danielle Berlalu Pergi Tanpa Penjelasan, Anggap Peguam Sudah Beri Jawapan Relevan

gempak
04/11/2024
05:12 MYT
Menurut pelakon filem Magika itu, dia tidak melihat sebarang kepentingan untuknya membicarakan hal itu lagi.
Hiburan

Idzham Ismail Sudah Sah Bercerai & Tidak Akan Dirujuk Kembali - “Jawab Dengan Allah…”

gempak
04/11/2024
04:48 MYT
Pelakon Idzham Ismail memaklumkan dia sudah sah bercerai dengan bekas isterinya, iaitu Siti Nur Abilah Shamsudin.
Hiburan

Tak Boleh Hidup Bersama, Tiada Persefahaman & Berlaku Shiqaq Punca Diana Danielle Nekad Nak Cerai

gempak
04/11/2024
03:25 MYT
Peguam syarie mewakili Diana Danielle iaitu Datuk Akberdin Abdul Kadir memaklumkan punca aktres itu nekad untuk memfailkan cerai terhadap Farid adalah disebabkan tiada persefahaman.
Terkini

Tiada Lagi Wajah Ceria, Diana Danielle Nampak Lebih Dingin Selepas Selesai Proses Fail Cerai

gempak
04/11/2024
02:50 MYT
Malah, Diana atau nama penuhnya, Diana Danielle Danny Beeson, 33, kelihatan lebih dingin berbanding ketika tiba di mahkamah setengah jam sebelum itu.
Terkini

Hadir Ke Mahkamah Dalam Keadaan Ceria, Diana Danielle Harap Proses Cerai Tak Berpanjangan - “Selagi Kita Boleh Senyum…”

gempak
04/11/2024
01:41 MYT
Dengan senyuman yang ceria serta mengenakan busana serba hitam, Diana hadir bersama peguam syarienya, Datuk Akberdin Abdul Kadir.
Anmum