Viral

Dikecam Ulas Isu 'Abang Bas', Nani Roslan Mahu Sebar Kesedaran - "Lebih Kepada Sedih & Kecewa Bila Ada Ibu DM Minta Saya…"

Asyikin Mayudin
16/09/2024
08:55 MYT
Sponsor Banner
Dikecam Ulas Isu 'Abang Bas', Nani Roslan Mahu Sebar Kesedaran - "Lebih Kepada Sedih & Kecewa Bila Ada Ibu DM Minta Saya…"
Personaliti Nani Roslan berpendapat terdapat segelintir rakyat Malaysia yang masih belum ada kesedaran diri untuk menerima kenyataan mengenai undang-undang melibatkan kanak-kanak.

Bukan serangan peribadi

Dikecam gara-gara berkongsi kesedaran mengenai ‘child grooming’ susulan kes melibatkan ‘Abang Bas’, Nani bagaimanapun menegaskan perkongsiannya itu bukan satu serangan peribadi kepada pelaku.

“Rakyat kita ini masih kurang cakna… bila kita beri kesedaran, kena terima. Mereka jadi ego dan sengaja tak nak tahu walaupun dah terang si pelaku itu melakukan sesuatu yang melibatkan undang-undang.

“Mana keadilan bila orang itu anda suka, anda rasa tak adil buat begitu pada orang itu. Sedangkan undang-undang dah jelas. Tolong beringat, ini bukan personal attack kepada seorang itu saja,” katanya.

Pemikiran rakyat Malaysia

Nani turut mengakui dia berasa sedih apabila melihat pemikiran segelintir rakyat Malaysia yang tetap mempertahankan tindakan ‘Abang Bas’ membuat konten melibatkan kanak-kanak.

“Paling sedih sekali, ada ayah-ayah komen kata dah tak payah nak cebuk anak. Dekat situ, lagi kita rasa macam setakat itu saja fikiran rakyat Malaysia… sedihnya.

“Sedangkan kita dah tahu, tapi kenapa sengaja nak campakkan kanak-kanak ke lembah yang bahaya. Sebab itu orang sebarkan kesedaran… bukan saja-saja,” ujarnya lagi.

Terima mesej

Dalam pada itu, Nani turut melahirkan rasa kecewa apabila menerima mesej daripada wanita bergelar ibu yang memintanya untuk muhasabah diri dan berhenti menyebarkan kebencian.

“Saya nak buka TikTok pun macam seram… sebenarnya bukannya apa, kadang-kadang kita kena fahamlah setiap apa yang kita kongsikan, kita kena terima memang akan ada akibat.

“Bukan nak kata teruk tapi lebih kepada sedih dan kecewa apabila ada ibu yang mengaku ada anak DM minta saya muhasabah diri, berhenti sebarkan kebencian, berhenti buat konten sebegini.

ARTIKEL BERKAITAN: Nani Roslan Jadi Emosi Baca Komen Ibu Bapa Pertahankan ‘Abang Bas’ - “Berapa Ramai Rakyat Malaysia Yang Mempunyai Nafsu Terhadap…”

ARTIKEL BERKAITAN: 'Abang Bas' Didakwa Lagi Di Mahkamah, Sempat Tunjuk 'Mini Love'

ARTIKEL BERKAITAN: “Nak Kutuk Ke, Cakap Saya Terpaling Tahu Ke, Silakan” - Teruk Dikecam Bersuara Isu Abang Bas, Uyaina Arshad Tetap Mahu Sebar Kesedaran Tentang Pedofilia

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi Emak Menanggung Rindu, Kakak Buka Tabung Untuk Jamin Abang Bas
“Saya jadi sedih, kenapa pula nak kena berhenti sedangkan saya kongsi kesedaran yang baik,” ujarnya.
Saksikan temu bual eksklusif Nani Roslan menerusi GMW: Motif Trending yang dihoskan oleh pengacara Isha Norsham pada Isnin di Gempak.com dan Gempak Most Wanted, setiap Isnin hingga Jumaat di Astro Go dan sooka.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar