Berita

Kongsi Emak Menanggung Rindu, Kakak Buka Tabung Untuk Jamin Abang Bas

gempak
Asyraf Roslan
11/09/2024
11:25 MYT
Sponsor Banner
Kongsi Emak Menanggung Rindu, Kakak Buka Tabung Untuk Jamin Abang Bas
Kakak kepada Abang Bas, Zarina Sari pada Rabu memohon bantuan kewangan daripada orang ramai untuk menjamin adiknya itu.
Dalam perkongsian di Facebook, Zarina terlebih dahulu mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang sudi membantu keluarganya dalam mengumpulkan dana.
“Assalamualaikum saudara Islam yang banyak memberi sokongan dan respon positif pada abang bas dan keluarga, syukur kehadrat illahi masih ada yang sayang.
“Sekali lagi kami merendah diri membuka tabung seikhlas hati atas dasar perikemanusiaan dan keharmonian, dari mata dan sisi Allah yang tidak pernah tidur untuk diri ini mendapatkan keyakinan,” ujarnya.
Sebelum ini, Zarina pernah berkongsi mengenai pengumpulan dana tersebut namun hantaran tersebut sudah diturunkan.
Dalam perkembangan lain, Zarina juga berkongsi dimana emaknya sangat merindui adiknya itu dan mengambarkan bahawa adiknya itu seorang yang penyayang terhadap anak buahnya.
“Emak rindu ‘Abang Bas’, beberapa hari ini tak ada dah Abang Bas nak gomol-gomol emak, baring dalam bilik emak sembang-sembang sambil selongkar bilik emak.
“Abang Bas, pak cik terpaling sayang anak-anak buah dia. Dari anak buah yang sulung sekarang dah meningkat remaja 19 tahun pun masih boleh bergurau, berkejar satu rumah, inikan pula empat tahun.
“Ya Allah, engkau ampunilah khilaf Abang Bas, engkau angkatlah dosa-dosanya dan permudahkan urusannya menghadapi ujianmu,” luahnya. Terdahulu, Abang Bas telah didakwa melakukan amang seksual fizikal dengan mencium pipi kanak-kanak perempuan yang juga anak saudaranya berusia empat tahun bagi maksud seksual antara pukul 5 hingga 6 petang di dalam sebuah bas sekolah di Simpang Renggam dalam daerah Kluang pada April sehingga September 2024.
Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 14 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan boleh dihukum dengan sebat.
Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa telah memerhati kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun secara berulang bagi maksud seksual antara pukul 5 petang hingga 6 petang bertempat di dalam bas sekolah di alamat sama, pada bulan ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live