Hiburan
Dilabel Ratu Court, Puteri Sarah Nafi Sanggup Naik Turun Mahkamah Sebab Wang - “Kita Saman Orang Bukan Sebab Nak Duit”
Sering menghadiri mahkamah selama tiga tahun berturut-turut, pelakon Puteri Sarah enggan dikenali sebagai ratu mahkamah.
Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 39, menegaskan kehadirannya ke mahkamah bukanlah sekadar suka-suka sebaliknya tindakan itu dilakukan kerana ada pihak yang menganggu ketenteraman hidupnya sehingga terpaksa membawa isu ke muka pengadilan.
“Saya tak nak (digelar ratu mahkamah). Saya tidak kacau orang tetapi orang yang menganggu saya nak buat macam mana.
“Kalau tak melampau tidak mengapa tetapi kalau melebih terpaksa ambil tindakan,” katanya kepada Gempak selepas prosiding kes saman terhadap bekas kakak ipar Ira Kazar, Wiwi Darvinda Mazwena Mazlan.
Dalam pada itu, aktres tersebut turut menafikan dakwaan mata duitan kerana aktif turun naik mahkamah.
“Orang semua cakap Puteri Sarah mata duitan. Tidak, kita saman orang bukan nak duit tetapi mahu beri pengajaran supaya jangan buat begitu.
“Saya tidak kacau hidup orang, semua tengok saya sibuk penggambaran, anak-anak dan perniagaan.
“Orang yang kacau saya. Kena tipu, orang manfaatkan saya, berkata buruk tentang saya jadi, kita kena bagi pengajaran biar orang menyesal dan minta maaf supaya tak buat lagi,” ujarnya lagi.
Terdahulu, Sarah mencuri tumpuan apabila memfailkan beberapa saman seperti saman gangguan orang ketiga dalam rumah tangga terhadap Ira Kazar dan dua ahli keluarganya pada Jun 2022. Kes bagaimanapun selesai di luar mahkamah pada 5 Julai 2023.
Kemudian, Sarah memfailkan dua saman iaitu fitnah dan pecah amanah terhadap bekas pekerjanya yang dikenali sebagai Nazatul Nazira.
ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Sarah Liyana Tak Putus Titip Kata Semangat Buat Bella Astillah - “Sebulan Tu Nangis Lah Setiap Hari”
ARTIKEL BERKAITAN: Didakwa Kembali Rujuk Dengan Bekas Suami, Ini Respons Puteri Sarah!
ARTIKEL BERKAITAN: "Kemain Kau Komen Hina Aku Dengan Bella Astillah, Kat Sini Pengecut Pula” - Puteri Sarah Liyana
ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Sarah Bawa Anak-Anak Bercuti Di Pulau Pinang Bersama Keluarga Mentua - “Saya Tetap Beraya Dengan Mereka”
Sarah juga membuat tuntutan RM1 juta terhadap defendan sebagai ganti rugi akibat fitnah yang diberikan. Kes bagaimanapun sedang dalam tempoh perbicaraan.
Terkini, Sarah turut mengeluarkan saman terhadap bekas kakak ipar Ira Kazar, Wiwi Darvinda Mazwena Mazlan atas tuduhan fitnah di Instagram pada 24 Ogos tahun lalu.
Bagaimanapun, Sarah menerima permohonan maaf secara terbuka dan kes diselesaikan secara baik di luar mahkamah hari ini.