Laman Utama
Dituduh Edit Gambar Lagi, Ramai Back-Up Uqasha Senrose: “Macam Lah Diri Sendiri Tak Pernah Edit”
Pelakon Uqasha Senrose sekali lagi menyorot perhatian peminat apabila gambar terbaharu yang dimuat naik ke Instagram miliknya baru-baru ini dikatakan melalui proses suntingan yang tidak kemas.
Pada gambar berkenaan, dress yang dikenakan oleh Uqasha dilihat ‘melekuk’ dan visual itu menyebabkan ada dalam kalangan netizen membuat andaian yang Uqasha telah menyunting gambarnya sebelum dikongsi di platform media sosial.
“Sis, I boleh tolong editkan elok kalau sis nak. Jelas sangat tu nampaknya,” tulis seorang netizen di ruangan komen.
Begitupun, komen berbaur sindiran itu kemudian dibalas oleh Uqasha: “Excuse me, I cross my kaki. Tak habis-habis nak condemn. What’s wrong with you people, haiyo,” tulisnya.
Kemudian, terdapat seorang pengguna media sosial yang turut memberi komen terhadap gambar Uqasha.
“Second one seram tengok,” katanya.
Uqasha menjawab: “Saya lagi seram dengan mulut awak,” katanya.
Sungguhpun menerima komen sedemikian rupa, masih ramai yang memberi respons positif terhadap gambar-gambar pelakon yang popular dengan drama Selepas Terlafaznya Akad itu.
“Ha tak pelik pun. Berdiri silang kaki kalau ambil gambar memang nampak macam tu. Lagi satu sebab Kak Sha pakai dress so nampak lekuk la. Korang mesti tak pernah pakai dress macam ni kann, lepas tu tak pernah ambil gambar silang kaki dengan pakai dress or kain. Ni bukan edit, kalau Kak Sha nak edit, dah lama dia edit lebih elok la.”
“Apa bendalah korang ni pasal filter pasal edit pun nak jadi hal. Perempuan, biasalah tu bab-bab edit-edit filter-filter ni. Macam lah diri sendiri tak pernah filter tak pernah edit. Sekurangnya Usha ni kat luar dan dalam gambar sama je. Cantik. Korang ye la kot dalam gamba cantik kat luar hauk.”
Terdahulu, pernah beberapa kali Uqasha dilihat menyunting gambar-gambarnya dan hal itu kerap disedari oleh netizen.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!