Hiburan

Dituduh Nak Tuntut Seorang Cucu, Ibu Aliff Aziz Mahu Bertemu Dengan Pemfitnah - “Saya Ingin Tahu Dari Mana Dia Dapat Info Fitnah”

Asyikin Mayudin
16/08/2024
04:59 MYT
Sponsor Banner
Dituduh Nak Tuntut Seorang Cucu, Ibu Aliff Aziz Mahu Bertemu Dengan Pemfitnah - “Saya Ingin Tahu Dari Mana Dia Dapat Info Fitnah”
Ibu kepada penyanyi dan pelakon Aliff Aziz, Siti Hafiza meluahkan rasa berang apabila mengetahui terdapat akaun TikTok yang menyebarkan fitnah terhadapnya.

Ambil tindakan

Menerusi Instastory, Siti Hafiza atau Fiza memaklumkan dia bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik akaun yang menuduhnya mahu mengambil salah satu cucu daripada menantunya, Bella Astillah.

“Untuk orang yang kongsi fitnah dajjal menentang saya, padam perkongsian ini atau kami akan mengambil tindakan undang-undang terhadap anda. Tolong lapor akaun TikTok dia,” tulisnya.

Pada perkongsian lain, Fiza juga memuat naik paparan skrin akaun TikTok individu tersebut dan memberi pilihan sama ada mahu diteruskan dengan undang-undang atau berbicara dengannya.

Kongsi akaun TikTok

“Inilah orangnya ya. Siapa yang dapat contact dia, tolong beritahu dia, kami akan ambil tindakan undang-undang terhadap dia!

“Jika dia ingin berbicara dengan saya, silakan kerana saya ingin tahu dari mana dia mendapat info fitnah ini,” tegasnya lagi.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di akaun tersebut mendakwa Fiza meminta Bella untuk menyerahkan salah seorang anak kepada Aliff Aziz.
Sebelum ini, Bella Astillah mengakui terdapat beberapa faktor yang menyebabkan dia mengambil langkah untuk memastikan tiada komunikasi antara dua orang anaknya dengan keluarga mentua.

ARTIKEL BERKAITAN: Bella Astillah Maklum Aliff Aziz Tiada Hubungi, Tanya Khabar Anak-Anak Selepas Bercerai – “Tak Ada Langsung”

ARITKEL BERKAITAN: Tak Henti Disindir Bekas Mentua, Bella Astillah Coretkan Surat Terbuka - “Banyak Lagi Perkara Yang Jauh Lebih Penting…”

ARTIKEL BERKAITAN: Bella Astillah Perlu Masa, Belum Bersedia Untuk Anak-Anak Jumpa Bekas Mentua - “Tunggu Waktu Sesuai, Saya Tak Nak Ayden Jadi Keliru”

Mahu mengambil masa untuk perkara tersebut, Bella bagaimanapun memberitahu pihak sana mengetahui penyebab keputusan itu dibuat.
Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata Ayden Adrean, 6, dan Ara Adreanna, 3.
Kontroversi rumah tangga Aliff dan Bella tercetus apabila penyanyi kelahiran Singapura itu ditangkap khalwat bersama pelakon Ruhainies di sebuah kondominium pada 9 Mac lalu.
Pasangan selebriti itu akhirnya sah bercerai pada 13 Jun lalu.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar