Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Viral

Durian + Kopi, Pesakit Rebah Di Pintu Klinik! Dr. Samhan Kongsi Punca Keracunan Ringan

Amri Hassan 15/07/2024 | 00:01 MYT
Seorang pesakit rebah di pintu sebuah klinik kerana mengalami pening, rasa mual akibat pengambilan kopi selepas menikmati durian.
Perkara itu dikongsikan pengasas Forhimclinic, Dr Ahmad Samhan Awang menerusi aplikasi X.
Ujarnya, pesakit lelaki berkenaan kemudiannya masuk ke bilik konsultasi dalam keadaan mabuk, terhuyung-hayang, wajah yang pucat dan dihujani peluh di dahi.
Menurut Dr Ahmad Samhan, pesakit berkenaan memberitahu dia meminum air kopi untuk menghilangkan rasa mengantuk selepas menikmati durian pada tengah hari.
Beliau berkata, gabungan durian dan kopi boleh menyebabkan badan berasa tak selesa dan ia dinamakan sebagai intoxication atau keracunan ringan.
"Durian mengandungi sulfur dan tinggi karbohidrat manakala kopi ada kafein yang boleh menyebabkan dehidrasi.
"Gabungan keduanya boleh menyebabkan tindak balas yang tidak baik kepada badan kita," katanya.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menerusi hantaran sama, beliau turut menyenaraikan makanan dan minuman yang perlu dielakkan selain kopi selepas menjamah raja buah itu.
Ia antaranya, alkohol, minuman berkarbonat, makanan berminyak, pedas, susu dan produk tenusu serta makanan tinggi protein.

BERITA TRENDING: Jangan Campur Makanan & Minuman Ini Bersama Durian!

Dr Ahmad Samhan yang juga pempengaruh media sosial berkata, sebagai langkah pencegahan, penggemar durian perlu menghindari pengambilan makanan dan minuman berkenaan dalam tempoh yang singkat.
"Jangan gabungkan makanan atau minuman yang boleh beri tekanan berlebihan kepada badan.
"Selepas makan durian, tunggu sekurang-kurangnya empat hingga enam jam sebelum minum kopi," jelas beliau.

BERITA TRENDING: “Kesian Kami Yang Tak Mampu “ – Individu Ini Dikritik Sebab Tegur TikToker Kongsi Makan Sedap -Sedap Di Media Sosial

Bagi rawatan mabuk akibat keracunan ringan itu, Dr Ahmad Samhan menasihati mereka yang mengalaminya memperbanyakkan minum air kosong bagi membantu menyingkirkan toksin dalam badan serta berkunjung klinik untuk mendapatkan rawatan lanjut sekiranya memerlukan.
"Jadi, untuk semua peminat durian di luar sana, ingatlah untuk berhati-hati dengan apa yang anda gabungkan dengan durian," tulisnya.

BERITA TRENDING: Peniaga Durian Tular Tidak Berbaju Akui Kesilapan, Tampil Mohon Maaf - “Ketika Meniaga Kami Pakai..”

BERITA TRENDING: Abang Sado Tarikan Utama Gerai Durian Papa Muda - "Tahun Lalu Badan Kami Kurus Kering Lagi..."

BERITA TRENDING: #FoodiesLife: Apa Rasa Makan Kulit Durian Cicah Sambal Merah? Aksi Berselera Lelaki Ini Ditonton Lebih 4.5 Juta Kali!

#Viral #Tips #Durian #Makanan #Kopi #Dr Samhan #Kimia #Campur #Keracunan #Sulfur
;