Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

EKSKLUSIF: Bertegas Tak Curang, Jofliam Dedah Cik Epal Pernah Datang Cuba Betulkan Keadaan - "Dia Yang Nak Tackle Saya Semula"

Firdaus 02/10/2024 | 23:55 MYT
Pempengaruh dan usahawan, Jofliam menyatakan rasa terkilan dengan sikap isterinya yang tidak mengeluarkan sebarang kenyataan untuk meredakan keadaan susulan tuduhan terhadap dirinya yang didakwa berlaku curang dengan pekerja sendiri.

Luah Rasa Terkilan

Menurut Jofliam atau nama sebenarnya Jofli Abu Bakar, 36, menegaskan dia tidak pernah berselingkuh serta menyatakan bahawa dirinya masih menyayangi keluarga.

"Dia yang nak ‘tackle’ saya semula...

“Kalau dia betul sayang saya, sekurangnya boleh dia keluarkan statement untuk meredakan keadaan.
“Kalau sesiapa yang kenal saya, saya adalah seorang yang menjaga keluarga saya, kalau ada yang jentik pun saya orang pertama yang akan pertahankan.
“Saya tak pernah curang, setelah isu ini berlaku, dia yang datang promosi pizza, dia yang nak ‘tackle’ saya semula, kalau betul saya curang mesti dia sudah tinggalkan saya," katanya ketika dihubungi Gempak.
Disoal jika dirinya mahu menyelamatkan perkahwinan bersama Cik Epal, Jofliam mengakui lebih mementingkan perasaannya ketika ini.
“Saya tengok keadaan, dalam masa empat bulan saya mencari orang yang faham saya, tiada siapa yang mendengar keluhan saya. Saya merayu nak jelaskan, bila dah terjadi baru nak dengar.
“Kalau kena fitnah empat bulan bila orang explain dia lagi marah, jadi itu lah perasaan saya.
"Sesiapa yang nak sayang saya, jaga hati saya terpulang," ujarnya.

BERITA TRENDING: Jofliam Dakwa Sudah Lafaz Taklik, Ini Respons Cik Epal - “Buat Masa Sekarang Saya…”

​BERITA TRENDING: EKSKLUSIF: “Dewi Pekerja Baik, Kalau Saya Pecat Dia Orang Lain Gembira, Tapi Saya Tidak..” - Jofliam

BERITA TRENDING: EKSKLUSIF: “Yang Menghancurkan ‘Masjid’ Saya Adalah Kakak Saya” - Jofliam

​BERITA TRENDING: EKSKLUSIF: Jofliam Jawab Status Sebenar Rumah Tangga Dengan Cik Epal - “Sudah Lafaz Taklik, Selebihnya Serah Pada Mahkahmah..."

Terdahulu, kecoh di media sosial mengenai pergolakan rumah tangga Jofliam dan isterinya malah pelbagai khabar angin mula timbul mengenai rumah tangga mereka termasuk dakwaan kehadiran orang ketiga.
Bagaimanapun, beberapa hari selepas pendedahan itu, Abang Jofliam iaitu Syah Jofli tampil menjelaskan bahawa seluruh ahli keluarga tidak masuk campur urusan peribadi di antara Jofliam dan isterinya, Cik Epal.
#hiburan #Eksklusif #Curang #Jofliam #Cik Epal
;