Hollywood

EKSKLUSIF: David Beckham; Tentang Momen Terindah Predator, Sukan Kepada Fesyen & Momen Bersara!

Amri Hassan
11/02/2024
08:48 MYT
Sponsor Banner
EKSKLUSIF: David Beckham; Tentang Momen Terindah Predator, Sukan Kepada Fesyen & Momen Bersara!
Ikon bola sepak dunia, David Beckham dan rangkaian but sukan Predator Adidas saling bersinergi. Kedua-duanya melakar magis setiap kali beraksi di padang hijau bola sepak.
Maka tidak hairanlah, Beckham, 48, masih menjadi wajah Predator, sementelah ia menyambut usia ke-30 tahun ini.
Beckham hadir ke Kuala Lumpur, meraikan ulangtahun istimewa itu, selain sama melancarkan pameran World of Predator Adidas Malaysia di The Exchange TRX.

BERITA TRENDING: adidas Lancar Predator 24! Ini Yang Menarik Tentang But Bola Kegemaran David Beckham

Gempak diberikan kesempatan untuk menemuramah Beckham ketika acara gilang-gemilang itu awal Februari lalu.
Ikuti temu bual eksklusif Gempak bersama bintang bola sepak dunia, David Beckham!

Gempak: Terima kasih kerana sudi kembali ke Kuala Lumpur sempena ulangtahun ke-30 rangkaian but sukan Predator Adidas.

David Beckham (DB): Saya gembira dapat kembali ke Kuala Lumpur. Selepas sekian lama saya kembali semula ke sini dan istimewanya, buat pertama kalinya saya datang sebagai duta jenama Adidas.
Predator merupakan but sukan yang sudah seiring dengan perjalanan karier saya. Lebih manis, ia meraikan ulangtahun ke-30 tahun ini.

Gempak: Bolehkah anda kongsikan momen terindah bersama but Predator sepanjang karier anda?

DB: Sejujurnya saya bertuah menjadi pemain bola sepak profesional selama 22 tahun, sudah pasti ada banyak peristiwa menarik sepanjang karier saya. Jika diminta pilih satu, saya akan beri dua.
Pertamanya ketika kejayaan menjaringkan gol di Greece bersama Old Trafford, kejayaan itu membawa kami ke World Cup.
Kemudiannya, ketika menang bersama Manchester United di final Champion's League tahun 1998-99. Waktu itu saya menyarung but Predator, the Accelerator.

Gempak: Bagaimanakah anda melihat evolusi rangkaian but sukan Predator?

DB: Ketika pertama kali dipasarkan, Predator sangat berbeza dengan but sukan lain di pasaran semasa. Teknologinya sudah terkedepan dan evolusi yang Adidas lakukan itu harus dipuji.
30 tahun lalu, ia tidaklah seringan yang saya pakai sekarang. Ia berat dan chunky, tapi waktu itu sudah cukup hebat.
Tahun demi tahun, pelbagai penambahbaikan dan evolusi dilakukan untuk menghasilkan sepasang but sukan Predator. Semestinya Predator 24 adalah kegemaran saya sejak bersara, walau sedihnya hanya akan dipakai bersama kawan-kawan dan anak-anak sahaja.

Gempak: Predator menjadi simbol sukan bola sepak. Mengikut pandangan anda, bagaimana rangkaian Predator telah mempengaruhi pemain di padang dan peminat seluruh dunia?

DB: Saya rasa Predator telah melangkah lebih jauh daripada sukan bola sepak itu sendiri. Orang mahukan sepasang kasut tapi pada masa sama boleh berfungsi sebagai but sukan.
Ia telah menjadi sebahagian daripada fesyen semasa. Adidas sudah lakukan yang terbaik! Itulah kelebihan jenama dan kekuatan Predator. Ia menukarkan pakaian sukan kepada item fesyen.

Gempak: Apakah nasihat untuk generasi muda yang cenderung ke arah sukan bola sepak?

DB: Enjoy! Kerana akan ada banyak perkara yang akan berubah sekelip mata. Semakin kita melangkah dewasa, waktu akan berlalu dengan pantas, jadi kita nikmati setiap saat indah itu dengan melakukan perkara yang kamu gemari.
Tidak kiralah kamu seorang ahli sukan, atau dalam apa juga bidang yang diceburi, buatlah sehabis baik kerana itulah yang orang sekeliling mahukan. Tak rugi juga sebab itulah yang akan membuahkan hasil kepada diri sendiri.

Gempak: Bagaimanakah perubahan perspektif hidup dan kejayaan selepas bersara daripada bola sepak?

DB: Sejujurnya, tiada apa yang berubah. Saya masih bekerja keras. Etika kerja saya pula, rasanya orang lebih ingat saya berbanding apa yang telah saya lakukan di padang bola sepak.
Saya beralih daripada berada di padang untuk bersama Inter Miami, dan itulah hari selepas saya bersara. Saya belum bersedia untuk duduk dan tidak buat apa-apa.
Saya bersedia untuk melalui fasa berikutnya dalam kehidupan saya, begitu juga Miami FC.
Ia merupakan satu cabaran tapi kita perlu tempuhi. Sekarang kami punyai pasukan yang mantap dan pemain hebat dunia.
Itulah antara perkara yang saya bangga lakukan, namun apabila disebut 'bersara' ia hanya perasaan yang saya diami selama beberapa jam sahaja.
@astrogempak #GempakNews ♬ original sound - Gempak
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar