Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Elfira Loy Kesal Tindakan Individu Kongsi Video Jemaah Haji Meninggal Dunia - “Saya Telah Menyaksikan Dedikasi Pasukan Perubatan Dalam…”

Asyikin Mayudin 20/06/2024 | 21:55 MYT
Pelakon Elfira Loy melahirkan rasa terkilan dengan sikap segelintir individu yang merakam dan berkongsi rakaman memperlihatkan jemaah yang meninggal dunia ketika menunaikan ibadah haji.

Tular Video Di Laman Sosial

Elfira menerusi Instagram miliknya menganggap tindakan itu tidak sewajarnya memandangkan ia membawa perkara negatif kepada jemaah akan datang.

“Tak sangka tular video beberapa individu yang merakam dan kongsi video para syahidah yang meninggal ketika melakukan Haji. Pertama sekali, ia perkara yang tak baik untuk kongsi sesuatu seperti itu tanpa ditapis.

“Video itu boleh mengundang fitnah dan juga membawa perkara negatif kepada para jemaah akan datang,” kata Elfira.

Puji Pasukan Medik Arab Saudi

Pada perkongsian yang sama, Elfira turut memuji pasukan medik Arab Saudi juga telah melakukan yang terbaik dalam membantu jemaah haji di sana.

Kesemua jemaah termasuk yang tidak mendaftar Visa Haji telah dilayan sama rata dan diberi makanan oleh petugas di sana, yang mana perkara ini telah disaksikan oleh Elfira sendiri yang sedang mengerjakan haji.

ARTIKEL BERKAITAN: Sudah Sampai, Tapi Pasukan Ekspedisi Berbasikal Ke Tanah Suci Gagal Terima Visa Haji – Kita Cuba Pula Tahun Depan”

ARTIKEL BERKAITAN: Lebih 550 Jemaah Haji Meninggal Dunia Di Makkah

“Saya telah memerhati situasi itu secara langsung, dan saya juga telah menyaksikan dedikasi pasukan perubatan dalam usaha mereka untuk membantu.

“Anda boleh mendengar bunyi ambulan yang kerap, bekerja keras untuk menyediakan penjagaan segera kepada jemaah Haji.

“Bukan itu sahaja, jalan raya dipenuhi trak makanan, mengagihkan makanan secara adil kepada semua jemaah haji, termasuk mereka yang tidak mendaftar haji,” ujarnya lagi.

Langkah Kawalan Ketat

Dalam pada itu, Elfira memberitahu pihak Arab Saudi juga mempunyai langkah kawalan yang amat ketat dengan mengguna teknologi AL untuk menganalisis.

“Tahun ini, langkah kawalan mereka amat ketat. Mereka menggunakan teknologi AI untuk menganalisis dan merancang tindakan yang paling berkesan untuk jemaah Haji.

“Jadi, adalah penting untuk mengikuti prosedur yang betul supaya mereka boleh bersedia dengan secukupnya,” kata Elfira lagi.

Menerusi posting itu juga, Elfira berkongsi beberapa videonya dilayan oleh petugas medik di sana yang menyemburkan air buat para jemaah sebagai satu cara untuk mengurangkan bahang panas ketika mengerjakan haji.

Dia juga berkongsi gambar ambulans dan pasukan beruniform yang bertugas membantu jemaah dalam melaksanakan ibadah mereka.

Laporan dari Kementerian Luar Arab Saudi baru-baru ini mendedahkan sekurang-kurangnya 550 orang jemaah telah meninggal dunia ketika menunaikan ibadah haji pada tahun ini di Mekah akibat panas terik yang menyebabkan bahang suhu melampau.

Susulan itu, tular beberapa video yang memaparkan mayat jemaah haji bergelimpang di tepi jalan dan pihak berkuasa katanya mengambil masa yang agak lama untuk menguruskan jenazah tersebut sehingga menerima kritikan netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengawasan Udara 24 Jam Sepanjang Musim Ibadah Haji

​ARTIKEL BERKAITAN: Jemaah Haji Palestin Kongsi Cerita Terselamat Daripada Maut Beribu Kali

ARTIKEL BERKAITAN: Video ‘Throwback’ Momen Shuib Bersama Siti Sarah Di Mekah Buat Netizen Rindu – “Sampai Hari Ini Tengok Balik Arwah, Air Mata Laju Saja”

​ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Sebak Lihat Anak Gendong Ayah Sakit Naik Ambulan Di Tanah Suci - “Calon Anak Syurga…”

#Elfira Loy #Ibadah Haji #Jemaah Haji #Elfira haji #Jemaah haji meninggal dunia
;