Enggan Terlibat ‘Cinta Lokasi’, Bella Astillah Letak Batasan Setiap Kali Berlakon Dengan Pelakon Lelaki - “Kita Mula Dengan…”
Syukur tidak timbul sebarang masalah ketika bergandingan dengan pelakon Ezaidi Aziz dan Eyka Farhana dalam sebuah drama siri, pelakon Bella Astillah berkata dia sentiasa meletakkan batasan ketika menjalani penggambaran.
Mula dengan panggilan
Malah, untuk mengelakkan sebarang masalah atau terjadinya ‘cinta lokasi’, Bella berkata dia mulakan dengan panggilan seperti ‘aku dan kau’ selain hanya berhubung melibatkan kerja saja.
“Alhamdulillah, tak ada apa-apa masalah bekerjasama dengan Ezaidi dan Eyka. Kami saling menghormati… saya rasa, hormat itu paling penting bila kita berlakon di tempat set.
“Selain itu, kita kena ada batas terutama antara perempuan dan lelaki. Macam Ezaidi dan Shahidan, mereka kacau antara mereka saja, tak ada kacau pelakon wanita lain.
ARTIKEL BERKAITAN: Bella Astillah & Risteena Munim Bergambar Atas Satu Pentas, Reaksi Puteri Sarah Pula Yang Dapat Perhatian Netizen - "Muka Sarah Tak Cover Langsung"
ARTIKEL BERKAITAN: Lagi Sekali Difitnah, Ibu Aliff Aziz Mahu Utamakan Kehidupan Tanpa Fikir Orang Lain - “Saya Sangat Terhibur Dengan…”
ARTIKEL BERKAITAN: Muaz Zabir Berteka-Teki, Biar Netizen Buat Andaian Siapakah Pemilik Tangan – “Kalau Bella Sekali Pun, Dia Bukan Isteri Orang Lagi”
“Macam saya dengan Ezaidi banyak babak bersama dan banyak luangkan masa lama, jadi kami mula dengan panggilan ‘aku, kau’ sebab makin lama shooting, akan ada bonding.
“Jadi bila dah bonding, macam mana kita nak elak supaya tidak timbul perasaan ke apa, kita mula dengan panggilan dan apa sahaja keperluan, hanya di tempat kerja saja,” kata Bella kepada Gempak.
Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah ditemui ketika sidang media pelancaran drama Satu Hari Nanti yang diadakan di Flint Cafe & Roastery, The Curve, Petaling Jaya, pada Selasa.
Dalam pada itu, pelakon berusia 30 tahun ini juga memberitahu sebagai manusia mampu mengawal diri daripada melakukan perkara yang tidak sepatutnya.
“Kita ini manusia biasa… saya tak ada (cinta lokasi). Jadi kita sendiri boleh kawal benda itu… selagi boleh kawal, kita kawal. Saya memang lakukan dengan semua pelakon,” ujarnya lagi.
Apabila ditanya adakah bimbang akan jatuh cinta dengan pasangan gandingan, Bella bagaimanapun berkata ia tidak mungkin terjadi memandangkan mereka sudah meletakkan batasan.
“Tak mungkin la, kita semua dah macam keluarga. Pernah juga untuk ‘wrap party’ tapi keluar dengan semua orang. Tak pernah keluar dan tak pernah mesej… lagipun dia (Ezaidi) seorang yang penuh hormat,” katanya lagi.