Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Ernie Zakri Enggan Komen Lebih Lanjut Isu Diperlakukan Tidak Professional - “Lambat Laun Orang Akan Tahu Juga”

Umirah Halim 26/07/2024 | 09:55 MYT
Penyanyi Ernie Zakri tampil mengulas mengenai isu ciapan di X yang pernah di muat naik beberapa minggu lepas.

Luah Rasa Kecewa

Menerusi ciapan X tersebut, penyanyi berusia 32 tahun itu meluahkan rasa kecewa kerana telah diperlakukan secara tidak profesional.
Ernie ketika ditemui bagaimanapun tidak memperincikan lebih lanjut mengenai apa dan siapakah pihak yang ditujukan.
Sebaliknya hanya mengakui berasa emosi dan hanya ingin meluahkan apa yang sudah lama terbuku di hati.

“Sebenarnya ketika waktu tersebut, saya sebagai wanita, saya penuh dengan perasaan ketika itu.

“Saya hanya tweet sahaja, hanya meluahkan rasa terbuku yang sudah lama saya simpan, tentang apa dan siapa biar saya sahaja yang tahu.
“Bagi saya lambat laun orang akan tahu juga mungkin bukan daripada saya.
“Saya tahu mungkin saya dah mengundang sedikit tanda tanya ramai pihak, tapi saya biarkan sahaja. At the end of the day kalau Allah izinkan orang nak tahu apa yang saya tweet itu, soon mereka akan tahu,” katanya ketika ditemui Gempak.
Sementara itu, pelantun lagu Masing-Masing itu turut menafikan spekulasi mengenai memuatnaik ciapan tersebut bagi tujuan gimik.
“Kalau nak cakap pasal gimik nak keluar lagu ke apa bukan sebab masa tu memang saya jadi wanita biasa yang meluahkan sahaja.
“Saya tiada komen lain itu cuma saya nak meluahkan dan perkara ini pun sudah berminggu jadi saya mahu move on,” tambahnya lagi.

BERITA TRENDING:Takut Terjebak Isu Penyondol, Ini Cara Syamel Jaga Rumah Tangga Bersama Ernie Zakri!

​BERITA TRENDING:Neelofa Ramal Hasrat Amir Jahari, Astana Ernie Zakri Bakal Juara AJL38

BERITA TRENDING:Pasca Terima Tuduhan Ada Skandal Dengan Isteri Orang, Anwar Amzah Akui Tertekan

​BERITA TRENDING:Ini Sebab Kenapa Video-Video Dengan Lagu Siti Nurhaliza, DOLLA Atau Ernie Zakri ‘Dibisukan’ Di TikTok Sejak Semalam

Sebelum ini, ciapan Ernie Zakri meluahkan rasa kecewa terhadap sesuatu perkara yang sudah lama dia mendiamkan diri mendapat perhatian ramai sehingga menimbulkan tanda tanya peminatnya.

#Gossip #Kontroversi #Ernie Zakri #hiburan
;