Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Berita

Faisal Halim Sebak, Sebulan Tak Dapat Pegang, Cium, Peluk Anak - "Tak Mudah Bagi Seorang Bapa"

Gempak 13/06/2024 | 08:55 MYT
Bintang Selangor FC, Faisal Halim tidak dapat menahan sebak kerana anaknya tidak dapat merasakan kasih sayang daripada seorang bapa sepanjang beliau menjalani proses pemulihan setelah disimbah asid pada 5 Mei lalu.

Tak dapat dukung anak

Jelas Faisal, selepas kejadian tersebut, dia berasa kesal kerana tidak dapat mendukung, mencium dan memeluk anaknya seperti biasa.
“Saya adalah orang yang paling rapat dengan anak. Setiap kali saya pergi ke luar negara, anak saya akan demam sebab terlalu rindukan ayahnya.
“Selepas kejadian tersebut, saya tidak boleh cium dan peluk anak selama sebulan. Ini bukanlah satu perkara yang mudah untuk seorang ayah,” katanya ketika sidang akhbar.
Tambah Faisal, dia juga mengambil keputusan untuk menerima apa yang berlaku dengan hati yang terbuka.
“Buat masa sekarang, saya belum dapat tidur bersama anak saya lagi. Anak sayalah kekuatan, semangat saya.

Berita Trending: Luka Faisal Halim Masih Lagi Basah

Berita Trending: Faisal Halim Disimbah Asid: “Apa Kena Mengena Dengan Saya” - Tunku Mahkota Ismail

Berita Trending: CCTV Dipercayai Rakaman Insiden Serangan Asid Terhadap Faisal Halim Tular

Berita Trending: Berkulit Sawo Matang Antara Ciri-Ciri Suspek Serangan Simbah Asid Faisal Halim

Berita Trending:Dah Pindah Ke Wad Biasa, Faisal Halim Teringin Makan Nasi Kandar

“Apa yang terjadi, saya terima dengan reda dan hati yang terbuka.
“Saya berharap saya dapat kembali beraksi dan membelikan hadiah istimewa untuk anak dalam masa terdekat,” katanya.
Faisal berkongsi perkara tersebut pada sidang akhbar khas bersama Faisal bagi memaklumkan perkembangan terkini mengenai tahap kesihatannya selepas pembedahan kali ke-4.
Sumber: Kosmo
#Anak #Halim #Simbah #Asid #Faisal #tak mudah
;