Viral

CCTV Dipercayai Rakaman Insiden Serangan Asid Terhadap Faisal Halim Tular

Gempak
23/05/2024
04:17 MYT
Tular satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di platfrom X yang memperlihatkan insiden dipercayai serangan asid terhadap bintang Selangor FC, Faisal Halim.

Rakaman Tular Di Platfrom X

Menerusi rakaman yang dimuat naik di akaun @Onefootball.my kelihatan sosok seperti Faisal Halim sedang berjalan menuju ke arah kenderaan yang dinaikinya bersama isteri dan anak.

Beliau kemudian dihampiri oleh seorang lelaki yang berdiri di belakang sebuah kereta sebelum menghala ke arahnya.

Faisal sempat menoleh ke arah individu tersebut sebelum disimbah dengan cecair yang dipercayai asid.
Malah individu itu sempat menyimbah kali kedua kepada Faisal sebelum bergegas membonceng motor bersama rakannya yang sudah menanti tidak jauh daripada tempat kejadian.

Rakaman Kelihatan Berbeza

Bagaimanapun rakaman itu didakwa berbeza dengan dengan kronologi yang dilaporkan sebelum ini memandangkan kenderaan dan situasi yang dikhabarkan tidak sama.

BERITA TRENDING: Berkulit Sawo Matang Antara Ciri-Ciri Suspek Serangan Simbah Asid Faisal Halim

Menerusi laporan sebelum ini, Faisal dipercayai menaiki kenderaan jenis Vellfire namun video yang tular tersebut menunjukkan kenderaan berbeza dinaiki oleh tonggak Gergasi Merah ini.
Beliau juga tidak sempat masuk ke dalam kenderaan yang dinaiki berdasarkan rakaman seperti yang dimaklumkan sebelum ini.
Terdahulu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengedarkan fotofit atau lakaran wajah dipercayai suspek terbabit serangan asid terhadap bintang Selangor FC, Faisal Halim sejak semalam (Ahad).
Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, sesiapa saja yang mengenali atau mempunyai maklumat berkaitan individu tersebut diminta untuk tampil bagi membantu mengesan suspek yang menyerang pemain kebangsaan itu.
Tambahnya lagi, orang ramai boleh berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bahagian Pendakwaan Undang-undang (D5), Inspektor Jagachandaran Murugesen di talian 0125848166 atay 0322666071.
Faisal disimbah asid ketika berada di sebuah pusat beli-belah di Damansara pada 5 Mei lalu.
Difahamkan Faisal didekati oleh dua suspek yang menaiki motosikal dan seorang daripadanya menyimbah asid kepada penyerang Selangor FC itu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Sukan

Faisal Halim Sedih & Terkesan Dengan Keputusan Kim Pan-gon Letak Jawatan - “Saya Masih Ingat Dua Bulan Lepas Jurulatih Datang Ke Hospital & Berikan…”

gempak
17/07/2024
04:25 MYT
Keputusan Kim Pan-gon melepaskan jawatan selaku ketua jurulatih pasukan kebangsaan berkuat kuasa pada Selasa membuatkan pemain bola sepak Faisal Halim berasa sedih dan terkesan.
Viral

Donald Trump Ditembak Pemuda 20 Tahun, 3 Kes Serangan Ini Jadi Sejarah Dunia

gempak
15/07/2024
13:40 MYT
Dunia dikejutkan dengan cubaan membunuh terhadap mantan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sewaktu berkempen di Butler, Pennsylvania.
Sukan

Selangor FC Pertimbang Ambil Tindakan Terhadap Keputusan MFL

gempak
25/06/2024
17:58 MYT
Selangor FC sedang meneliti dan mengkaji semua saluran bersesuaian untuk mengambil tindakan seterusnya berikutan denda yang dikenakan Malaysian Football League (MFL) kepada pasukan itu.
Sukan

Faisal Halim Terkesima Tun Mahathir Terpacul Di Depan Rumah

gempak
22/06/2024
07:28 MYT
Pemain bola sepak negara Faisal Halim yang kini masih berehat dan mendapatkan rawatan selepas melalui pengalaman ngeri disimbah asid Mei lalu menerima kunjungan mengejut oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini.
Sukan

Faisal Halim Tidak Mahu Terus Menyorok, Mohon Doa Cepat Sembuh - “Saya Nak Jalani Kehidupan Seperti Manusia Lain”

gempak
16/06/2024
05:59 MYT
Perasaan trauma selepas menjadi mangsa simbahan asid bulan lalu mahu dibuang jauh-jauh oleh pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim.