Sukan

Faisal Halim Tidak Mahu Terus Menyorok, Mohon Doa Cepat Sembuh - “Saya Nak Jalani Kehidupan Seperti Manusia Lain”

Gempak
16/06/2024
05:59 MYT
Sponsor Banner
Faisal Halim Tidak Mahu Terus Menyorok, Mohon Doa Cepat Sembuh - “Saya Nak Jalani Kehidupan Seperti Manusia Lain”
Perasaan trauma selepas menjadi mangsa simbahan asid bulan lalu mahu dibuang jauh-jauh oleh pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim.
Faisal atau lebih mesra disapa Mickey juga menegaskan dirinya tidak mahu terus menyorok daripada orang ramai sekali gus tampil dalam sidang akhbar di Pusat Latihan Selangor FC Khamis lalu.

Mahu jalani kehidupan seperti pemain lain

Dia dalam sidang akhbar itu menyatakan hasratnya untuk menjalani kehidupan seperti orang lain selain semangatnya untuk kembali bermain bola sepak selepas insiden pahit itu.
Malah, pemain berusia 26 tahun itu juga turut kelihatan berada di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Selangor pada Sabtu bagi menyaksikan perlawanan Piala FA antara pasukannya, Selangor dan Negeri Sembilan.
"Saya bersyukur proses (pemulihan) saya semakin hari semakin baik. Saya ada berhubung dengan Datuk Seri Shahril Mokhtar (Ahli Lembaga Pengarah Selangor FC) dan saya nyatakan sudah mula berlatih ringan, kayuh basikal di rumah. Datuk pun macam tak percaya semangat yang saya ada.
"Saya ingin ke arah turun berlatih tetapi dengan keadaan saya ditempatkan di lokasi rahsia, jadi sampai bila saya nak menyorok daripada orang ramai.
"Saya beritahu kepada Datuk Seri Shahril Mokhtar (Ahli Lembaga Pengarah Selangor FC) saya bersedia untuk tonjolkan diri saya kepada semua supaya saya bebas dan tak berselindung lagi.

"Saya nak menjalani kehidupan seperti biasa seperti manusia lain, seperti orang lain seperti pemain lain. Saya harap dapat kembali ke arena bola sepak secepat mungkin dengan doa anda semua," katanya.

BERITA TRENDING: Faisal Halim Disimbah Asid: “Apa Kena Mengena Dengan Saya” - Tunku Mahkota Ismail

BERITA TRENDING: CCTV Dipercayai Rakaman Insiden Serangan Asid Terhadap Faisal Halim Tular

BERITA TRENDING: Berkulit Sawo Matang Antara Ciri-Ciri Suspek Serangan Simbah Asid Faisal Halim

BERITA TRENDING: Faisal Halim Sebak, Sebulan Tak Dapat Pegang, Cium, Peluk Anak - "Tak Mudah Bagi Seorang Bapa"

BERITA TRENDING: Faisal Halim Perlu Diberi Bantuan Psikososial – “Beliau Perlu Terima Rawatan Menghadapi Trauma & Kena Ada Kumpulan Sokongan Yang Baik”

Sebelum ini, media melaporkan Faisal menjadi mangsa simbahan asid yang berlaku di sebuah pusat membeli belah di Petaling Jaya menyebabkan dia mengalami kelecuran tahap empat.
Pemain sayap kebangsaan itu juga perlu menjalani empat pembedahan untuk merawat luka kelecurannya itu sebelum dibenarkan keluar dari hospital 25 Mei lalu.
Selepas itu, Faisal menjalani proses pemulihan di lokasi dirahsiakan selain kawalan ketat bagi memastikan keselamatannya.
Sumber: Stadium Astro menerusi Sinar
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar