Hiburan

Farid Kamil Enggan Cerai, Diana Danielle Bakal Failkan Tuntutan Nafkah Tertunggak - “Kalau Dia Lepaskan Saya, Saya Akan…”

Asyikin Mayudin
17/12/2024
00:55 MYT
Sponsor Banner
Farid Kamil Enggan Cerai, Diana Danielle Bakal Failkan Tuntutan Nafkah Tertunggak - “Kalau Dia Lepaskan Saya, Saya Akan…”
Keengganan pelakon Farid Kamil melepaskan Diana Danielle membuatkan aktres itu memilih untuk mengambil tindakan seterusnya iaitu memfailkan tuntutan nafkah.

Tuntutan nafkah

Diana memberitahu tuntutan yang bakal difailkan itu merupakan nafkah yang tertunggak namun enggan berkongsi lebih terperincin.

“Benda sudah tidak lagi berjalan dengan baik, dan tidak adil pada antara satu sama lain. Jadi, tindakan seterusnya adalah teruskan dengan tuntutan nafkah.

“Apabila dia memanjang-manjangkan isu, saya juga rasa peluang saya berikan sia-sia. Tuntutan nafkah itu ialah yang tertunggak sebelum ini cuma saya tak akan beritahu secara terperinci,” katanya kepada Gempak.
Pelakon berusia 32 tahun itu berkongsi perkara tersebut sejurus sahaja selesai prosiding pertama kes cerai dengan Farid Kamil di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Isnin.

Tarik kes jika dilepaskan

Menurut Diana lagi, dia hanya akan menarik kes tersebut sekiranya Farid mengubah fikiran dan memilih untuk melepaskannya secara baik.

“Tuntut habis-habisan, kalau dia lepaskan saya, saya akan drop the case (tarik kes),” ujarnya lagi.

Sebelum ini, Diana menganggap tindakan Farid enggan melepaskannya amat ‘memualkan’ dan berharap aktor itu berhenti menzaliminya dengan melepaskan dirinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Farid Kamil Tetap Pertahankan Rumah Tangga Dengan Diana Danielle, Mahkamah Perintah Kes Cerai Ke JKP

ARTIKEL BERKAITAN: Prosiding Perceraian Bersama Diana Danielle Diteruskan, Farid Kamil Hadir Ke Mahkamah Dengan Penuh Senyuman - “Hari Ini Hari Yang Terbaik”

ARTIKEL BERKAITAN: Teruja Nak Sambut ‘Birthday’ Aurora, Farid Kamil Bawa Anak Ke Lokasi Romantik - “Dia Nak Hadiah Paling Mahal…

ARTIKEL BERKAITAN: Status Masih Suami Isteri, Diana Danielle; “Ini Bukan Momen Gembira Untuk Sesiapa Pun…”

Manakala Farid pula berasa yakin perasaan cinta dan sayang Diana terhadap dirinya masih kuat selain menganggap tiada unsur penindasan dalam proses perceraian mereka.
Pada Isnin, Farid enggan melepaskan isterinya ketika sebutan pertama permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Isnin.
Keengganan Farid Kamil menceraikan isterinya membuatkan pasangan selebriti itu diperintah melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP).
Hakim Syarie Abdul Fattah Kamarudin memerintahkan demikian selepas Farid atau nama sebenarnya Farid Farid Kamil Zahari, 43, bertegas tidak mahu melafazkan cerai terhadap Diana.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024