Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Gaya Hidup

Fesyen Streetwear Jepun Mendarat Di LaLaport! Ini Port Patut Korang Singgah

Ainun 30/12/2024 | 16:55 MYT

Seiring dengan sambutan ulang tahun ke-3 pada Januari 2025, pihak Mitsui Shopping Park LaLaport Bukit Bintang City Center (BBCC) telah memperkenalkan pengalaman menarik kepada orang ramai untuk merasai suasana membeli-belah seperti di negara Matahari Terbit.

Antara yang mendapat perhatian ramai ialah fesyen dari Jepun, yang sememangnya terkenal dengan gaya unik dan streetwear yang tersendiri.

Fesyen Streetwear untuk Anak Muda

Menurut Pengurus A&P LaLaport BBCC, Nelsen Ng, fesyen dari Jepun ini merupakan salah satu gambaran kreatif bagi anak muda untuk bereksperimen serta memperkenalkan nilai budaya moden Jepun yang selaras dengan trend global kepada masyarakat tempatan.

Tambahnya, ia memberikan peluang kepada peminat fesyen untuk mengalami sesuatu yang baru dan berbeza dalam dunia fesyen.

“Gaya streetwear dari Jepun terkenal dengan reka bentuk yang unik, inovatif, dan mencerminkan identiti anak muda yang kreatif.

“Membawa gaya ini ke Malaysia memberikan peluang kepada peminat fesyen tempatan untuk merasai pengalaman membeli-belah yang baru dan berbeza, sambil menonjolkan nilai budaya moden Jepun yang sesuai dengan trend global,” katanya kepada Gempak.

Penerimaan Fesyen dari Jepun

Pada masa yang sama, penerimaan rakyat Malaysia terhadap fesyen Jepun yang semakin dikenali ramai mendorong pihak LaLaport untuk memperkenalkan budaya Jepun di Malaysia.

Bagi Nelsen Ng, usaha membawa budaya Jepun ke Malaysia bukan sahaja memenuhi minat rakyat tempatan, tetapi juga berpotensi memperkukuhkan hubungan baik antara kedua-dua negara.

“Penerimaan rakyat Malaysia terhadap fesyen Jepun merupakan salah satu sebab utama. Budaya Jepun, termasuk fesyen, anime, dan pop culture, telah mendapat tempat di hati rakyat Malaysia, terutamanya golongan muda.

“Membawa jenama terkenal dari Jepun ke Malaysia adalah langkah untuk memenuhi permintaan ini sambil memperkukuhkan hubungan budaya antara kedua-dua negara,” jelasnya.

Antara jenama pakaian Jepun yang dibawa masuk ke LaLaport BBCC adalah Comcoca, 9090, Younger Song, Wego, dan Nautica.jp.

Kesemua kedai eksklusif ini dibuka buat kali pertama di luar Jepun dan menjadikan LaLaport BBCC sebagai destinasi pertama mereka di Malaysia.

Selain fesyen Jepun yang menjadi perhatian ramai, Animate Malaysia Pop-Up Store dari Jepun juga menjadi tumpuan para peminat anime, di mana mereka membawa semua koleksi anime dan manga kegemaran ramai ke LaLaport BBCC.

BERITA TRENDING: Peniaga Pisang Goreng Sebak Mengaku Bersalah Bakar Motosikal

BERITA TRENDING: #GempakWrapped2024: Siti Nurhaliza, Hael Husaini, Susan Lankester, & Aina Abdul Antara Bintang Terbaik 2024

BERITA TRENDING: "Saya Sebak Sebenarnya ..." - Dinda Dania Belum Terfikir Sambung Pengajian, Mahu Fokus Bidang Lakonan

BERITA TRENDING: Nadhir Nasar Banyak Belajar Dari Artis Veteran, Mahu Berlakon Dengan Eman Manan – “Saya Idolakan Dia”

#Fesyen #Malaysia #Jepun #Streetwear #Lalaport
;