Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Filem Gold Terima Anugerah Most Anticipated Chinese Language Film Di 37th Golden Rooster Film Awards China

Mya Amri 15/11/2024 | 13:39 MYT
Filem Gold terbitan Astro Shaw dan Act 2 Pictures menerima Anugerah Most Anticipated Chinese Language Film Di 37th Golden Rooster Film Awards pada Jumaat.

Menang anugerah berprestij di China
Anugerah 37th China Film Golden Rooster Awards ini merupakan anugerah filem paling berprestij di China.
Anugerah ini mengiktiraf pencapaian cemerlang dalam pawagam China selain menghormati kedua-dua filem domestik dan antarabangsa.
Anugerah ini berlangsung di Xiamen, Wilayah Fujian, China.
Difahamkan terdapat sebanyak 251 filem China telah diserahkan untuk bertanding dalam pelbagai kategori.

ARTIKEL BERKAITAN:Astro Shaw Rai Kemenangan Cheah Liek Hou Hadiahkan Pingat Emas Pertama Malaysia, Filem Gold Ditayang Semula Di Pawagam

ARTIKEL BERKAITAN:Jack Tan Berjaya Raih Anugerah Pelakon Pembantu Terbaik Pada Festival Filem Antarabangsa Malaysia (MIFFest) Ke-7

ARTIKEL BERKAITAN:#Gold: Jack Tan Kongsi Cheah Liek Hou Rasa Gembira Tonton Filem Gold, Harap Dapat Motivasikan Orang Ramai

ARTIKEL BERKAITAN:#Gold: “Banyak Babak Menyentuh Hati” - Pengarah Chiu Dao Anggap Filem Gold Mengharukan & Wajib Ditonton

ARTIKEL BERKAITAN:#Gold: Cheah Liek Hou Imbas Kenangan Bersama Mendiang Bapa, Hempas Pulas Demi Beli Sepasang Kasut Sukan! - "Saya Tak Mampu Balas Balik..."

Filem aksi sukan, Gold terbitan Astro Shaw ini menampilkan barisan pelakon terkenal tanah air seperti Farid Kamil, Wan Raja dan Yasmin Hani selain penampilan muka baharu antaranya Jack Tan dan Lynn Lim sebagai teraju utama.

Filem Gold kini boleh ditonton di Astro First

Sinopsis Gold:

Gold mengisahkan perjalanan hidup jaguh badminton paralimpik negara, Cheah Liek Hou sejak kecil.
Ketika dia berusaha untuk menempatkan namanya dalam arena sukan nasional, beliau didapati menghidap penyakit saraf yang dikenali sebagai Erb's Palsy.
#Anugerah #Gold
;