Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Filem

Filem Luar Tangguh Tayangan, The Experts & Sheriff Jadi Pilihan

Gempak 31/05/2024 | 09:55 MYT

Bagi penggemar filem, kunjungan ke pawagam merupakan salah satu cara untuk menikmati karya-karya baharu, baik terbitan produser tempatan mahupun antarabangsa.

Namun, bagaikan sudah menjadi satu kebiasaan, filem terbitan luar negara lebih mendapat sambutan berbanding naskhah-naskhah yang dikeluarkan oleh karyawan tempatan.

Tangguh

Begitupun, menerusi laporan yang pernah diterbitkan oleh The Star pada Mac lalu, penangguhan tayangan beberapa filem antarabangsa di pawagam baru-baru ini telah memberi peluang kepada filem-filem tempatan untuk menyinar.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) Datuk Azmir Saifuddin Mutalib, terdapat sekitar tujuh hingga sembilan buah filem tempatan yang berpotensi mencapai kejayaan box office.
“Kita boleh katakan ini adalah satu peluang kerana saya mendapat maklumat daripada pihak pawagam (industri) bahawa terdapat beberapa syarikat perfileman antarabangsa yang meminta untuk menangguhkan filem mereka ke tahun depan.
“Dalam perbincangan dengan pengusaha pawagam, didapati selain filem tempatan, terdapat juga banyak filem dari Asia Tenggara yang mampu menyaingi filem Hollywood,” katanya kepada Bernama selepas kemunculan tetamu di program Jendela Fikir Bernama Radio bertajuk Challenges And Masa Depan Filem Tempatan Di Pawagam.
Bagi mencapai matlamat tersebut, Finas bekerjasama dengan MAFE untuk merancang, menganalisa dan mengenal pasti filem tempatan yang berpotensi menjadi hit box office
“Kami berbincang dengan penerbit yang akan menerbitkan filem terutama mengenai pemasaran kerana kami mahu mereka mengumumkan filem itu dua atau tiga bulan sebelum tayangannya jika boleh.
"Ini penting untuk mendapatkan maklumat mengenai filem itu kerana proses itu membantu menarik penonton ke pawagam dan mendapat reaksi," katanya.
Dalam perkembangan lain, filem Sheriff dan The Experts masing-masing mengungguli carta box office sebagai filem tempatan pada bulan April dan Mei 2024.
Setakat ini, Sheriff meraih kutipan tiket sebanyak RM60.5 juta, menjadikan filem arahan Syafiq Yusof itu sebagai filem nombor satu Malaysia pada 2024.
Manakala filem The Expert yang baru dilancarkan pada 23 Mei lalu pula mengungguli carta dengan kutipan tiket berjumlah RM5 juta.

Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?

Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Sheriff: Raih RM60.5 Juta! Netizen Setuju, Memang Layak Dominasi Pawagam

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat Cipta Rekod Menonton The Experts 9 Kali Di Pawagam Dalam Tempoh 4 Hari!

ARTIKEL BERKAITAN: TheExperts: Ray Dapdap Kongsi Cabaran Berlakon Sebagai Pakar Godam - “Saya Kena Buat Latihan Dalam Masa…”

#Filem Tempatan #Sheriff #The Experts #Filem luar negara
;