Gaya Hidup

#FinancialFaiz: Tekanan Kewangan Antara Faktor Pasangan Bercerai

Asyraf Roslan
12/01/2025
12:55 MYT
Sponsor Banner
#FinancialFaiz: Tekanan Kewangan Antara Faktor Pasangan Bercerai

Pendidik Kewangan, Faiz Azmi menyatakan bahawa ada diantara rakyat Malaysia tidak memandang serius dengan ilmu kewangan.

Maka tidak hairan la jika masalah kewangan menjadi salah satu punca perceraian.
Bagi membantu rakyat Malaysia untuk memahami situasi kewangan mereka, Faiz atau lebih dikenali sebagai Financial Faiz berkongsi dimana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah bekerjasama dengan Universiti Malaya untuk menghasilkan Belanjawanku.
Jelas Faiz, Belanjawanku merupakan sebuah panduan yang memberikan gambaran kos sara hidup purata bagi individu dan keluarga berdasarkan pelbagai situasi.

"EPF telah pun berkolaborasi dengan Universiti Malaya untuk mengeluarkan satu Belanjawanku. Dia nak terangkan kos-kos secara average yang anda perlu bayar sebagai seorang manusia mengikut keadaan-keadaan yang berbeza.

“Kalau dekat Lembah Klang, kalau anda bujang tapi tiada kenderaan hanya pakai public transport sahaja sebulan anda kena ada RM1,970. Maknanya setiap bulan anda akan kurang RM270 jika anda hanya dapat gaji minimum.

“Dan bila anda sudah ada kereta dekat Kuala Lumpur, secara purata anda kena ada RM2,8000.
“Nampak tak betapa besarnya impak sebiji kereta. Cuba bayangkan anda nak berkahwin pula, kos untuk kereta dengan rumah itu akan naik.
“Sebab itu kalau anda dah berkahwin, keperluan bulanan akan jadi RM4,970 ia ada big jump dari RM1970.
“Statistik pasangan bercerai sebab kekurangan duit adalah agak tinggi. Perkara ini berlaku kerana ramai yang pandang remeh dengan ilmu kewangan,” katanya

Selain itu, statistik juga menunjukkan kadar perceraian yang tinggi akibat tekanan kewangan.

Ramai pasangan tidak menyedari kepentingan ilmu pengurusan kewangan sebelum melangkah ke alam perkahwinan, yang sering kali membawa kepada konflik dalam rumah tangga.

Panduan seperti Belanjawanku diharapkan dapat meningkatkan kesedaran rakyat terhadap kepentingan perancangan kewangan.

Dengan memahami kos sara hidup sebenar, masyarakat boleh membuat keputusan lebih bijak, sama ada dalam soal memiliki kenderaan, merancang perkahwinan, atau membina keluarga.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024