Hiburan
Fourtwnty Bakal Kembali Ke Malaysia November Depan Menerusi Konsert MyAncasà
Band dari Indonesia, Fourtwnty bakal singgah ke Malaysia sekali lagi menerusi konsert MyAcasà pada tahun ini.
Konsert yang akan diadakan pada 9 November depan di Megastar Arena, Kuala Lumpur itu bertujuan untuk mengubat kerinduan peminat yang ingin menyaksikan band indie tersebut secara langsung.
MyAncasa
Kali ini, Fourtwnty yang dianggotai oleh Ari Lesmana, Andika Dwi Putra, Agung Gunarsa, Primanda Ridho, Ryan Maulana dan Asep Nurohman itu akan membawakan tema ismewa iaitu MyAcasà.
Tema tersebut menggabungkan ‘My’ daripada perkataan bahasa Inggeris, yang bermaksud ‘milik’. Dalam konteks ini, ‘My’ secara simbolik mewakili ‘Malaysia’ yang mengundang kehangatan dan keserasian dengan harapan untuk merapatkan hubungan negara kita seper sebuah keluarga.
Sementara itu, Acasà, yang bermaksud ‘rumah’ dalam bahasa Romania, adalah tempat keselesaan, kehangatan, dan kedamaian. Menerusi pemilihan tema ini, Fourtwnty ingin membangkitkan perasaan tersebut semasa konsert.
ARTIKEL BERKAITAN: Nama Dicadang Netizen Sebagai Model Busana Olimpik Gantikan Patung, Ini Respons Sharul Aimy
ARTIKEL BERKAITAN: Pakaian Rasmi Sukan Olimpik 2024 Dikritik, Hamidin: “Jika Warna Cantik Tak Dapat Emas, Tak Guna…”
ARTIKEL BERKAITAN: Sukan Olimpik Paris: Presiden MOM Sasar Pingat Emas Untuk 5 Sukan Ini
ARTIKEL BERKAITAN: "Pakaian Rasmi Kontinjen Negara Luar Bidang Kuasa KBS" - Hannah Yeoh
ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia Road To Gold! Ini Merupakan Senarai Atlet Terkini & Skuasy Yang Akan Sertai Sukan Olimpik
Semua akan merasa seper di rumah sendiri, kerana Malaysia adalah rumah kedua mereka. Konsert ini bertujuan untuk mewujudkan suasana kekeluargaan di kalangan penonton, penganjur, dan seluruh pasukan serta kru yang terlibat.
“Pada dasarnya, ‘MyAcasà’ membawa makna kerinduan bersama antara Fourtwnty dan peminat kami, sebuah pertemuan semula selepas perpisahan yang lama. ‘Myacasà’ melambangkan keselesaan bersama, kehangatan keluarga, dan perasaan pulang ke rumah.
“Kita akan menikma konsert ini dalam suasana kekeluargaan, dikelilingi oleh kawan-kawan, keluarga, dan orang-orang tersayang,” kata Ari Lesmana, vokalis Fourtwnty.
Kali ini, Fourtwnty akan bekerjasama dengan Nusantaiment untuk menghadiahkan pengalaman konsert eksklusif yang unik dan ismewa. Selain itu, mereka juga bekerjasama dengan penganjur Malaysia, Omni Mediaworks Sdn Bhd untuk kolaborasi tersebut.
Syai Nick, pengasas Nusantaiment, mendedahkan bahawa antara sebab mereka menjemput Fourtwnty untuk mengadakan konsert di Malaysia pada tahun 2024 adalah disebabkan hubungan rapat yang terjalin selama ini, yang membuatnya yakin untuk menyampaikan persembahan yang ikhlas dan berkesan untuk peminat Fourtwnty bukan sahaja di Indonesia.
“Dengan tema ‘MyAcasà,’ Nusantaiment juga ingin menekankan bahawa Malaysia adalah ‘rumah kedua’ bagi Fourtwnty. Ini mempunyai makna yang besar untuk band dan peminat Malaysia mereka kerana ia melambangkan hubungan ismewa yang mereka miliki. Walau bagaimanapun, Indonesia, Singapura, dan Brunei, dak terkecuali dan ini sebagai buk keupayaan kami untuk menyatukan komuni yang pelbagai melalui muzik Fourtwnty,” kata Syai
Nick.
Sebagai pemplaorm acara yang terkenal dengan konsep konsert yang unik dan bersejarah, Nusantaiment juga akan mencipta kolaborasi ismewa dalam konsert ‘Myacasà’ di mana Fourtwnty akan berkongsi pentas dengan Charita Utami, pasangan duet Ari Lesmana dalam lagu ‘Mangu,’ buat kali pertama diKuala Lumpur. Selain itu, penyanyi Malaysia Zee Avi, yang terkenal dengan lagu ‘Kantoi,’ juga akan turut serta dalam konsert ini.
“Kami berusaha untuk senasa mencipta persembahan terbaik melalui kolaborasi yang dak pernah dipersembahkan oleh penganjur lain di mana ia meninggalkan memori terbaik yang dak dapat dilupakan oleh peminat. Itulah juga yang kami harapkan untuk dicapai dalam konsert Fourtwnty nanti”.
Tambah Syai Nick lagi, konsert yang dianjurkan bersama Omni Mediaworks ini juga merupakan gabungan ismewa diplomak antara 3 negara iaitu Singapura, Malaysia, dan Indonesia dan secara dak langsung konsert ‘MyAcasà’ bukan sahaja akan membawa sesuatu yang ismewa kepada peminat tetapi juga berpotensi memberi manfaat kepada kerajaan yang terlibat, mempromosikan pertukaran budaya dan memperkukuhkan hubungan diplomasi.
Harga ket bermula dari RM 148 hingga RM 298 dengan pelbagai kategori yang boleh didapa secara dalam talian mulai 28 Jun 2024 di plaorm rasmi www.cketempire.com, Fourtwnty akan memukau penonton dan mengukuhkan reputasi mereka sebagai salah satu band yang paling disayangi di Asia Tenggara melalui karya-karya mereka yang unik dan persembahan yang menyentuh hati.
“Secara keseluruhannya, pendekatan unik Fourtwnty terhadap muzik dan komitmen mereka kepada peminat menjadikan mereka aset berharga dalam mempromosikan perpaduan dan kerjasama merentas sempadan,” katanya mengakhiri ucapan.