Gaji Content Creator Cecah Puluhan Ribu Ringgit, Dr Say Dedah Pernah Terima ...
Dr Say Pernah Terima
Bercakap kepada Gempak, Dr Say memaklumkan golongan 'content creator' perlu tahu bayaran yang ditetapkan mereka agar setimpal dengan setiap kandungan yang dicipta.
"Mengenai gaji content creator yang mencecah puluhan ribu ringgit, terus terang cerita saya ada terima.
"Tetapi bila kita terima amaun tersebut kita perlu declare, kita sebagai content creator kita kena tahu nilai diri kita, bernilai berapa.
Amaun Berbaloi & Masuk Akal
Jelas Dr Say lagi, amaun yang diterimanya tersebut bukanlah bayaran untuk sebuah kandungan sahaja tetapi banyak.
"Ia sangat berbaloi bagi saya, orang ingat perkara ini senang seperti ambil telefon dan terus rakam video. Tetapi kita perlu fikir content, storyline, editing dan sebagainya.
"Jadi bagi saya, munasabah dan masuk akal saja berpuluh ribu," jelasnya.
Tiada Pihak Selia
Dr Say turut mendedahkan kadar bayaran yang ditetapkannya bagi sebuah acara yang dihadirinya.
"Untuk event appearance saya akan caj sebanyak RM10,000.
"RM10,000 itu hanya untuk datang event sahaja, dan ada masa yang ditetapkan seperti 4 jam saja.
"Rata-ratanya pempengaruh lain juga begitu, cuma kita masih tiada lagi badan berwajib yang mengawal perkara ini. Ia tetap jadi rahsia, agak sukar sedikit lah," kongsinya lagi.