Gara-Gara Dengar Lagu Pulangkan, Individu Dedah Rakan Sebilik Mimpi Dirinya Muncul Dengan Wajah Seperti Terbakar, Pakai Baju Orang Lama
Seorang individu mendakwa yang dia dan rakan sebiliknya mengalami kejadian pelik selepas mendengar runut bunyi Pontianak Harum Sundal Malam, Pulangkan yang dipopularkan oleh Misha Omar.
Pulangkan
“Alkisah satu malam, aku dengan room mate buat assignment sampai pagi jam satu, syok nyanyi gurindam 12 (?) sampai lagu Pulangkan Misha Omar. Memang buka lagu yang mendayu-dayu, lepas tu non-stop humming dua lagu tu. Bilik kita orang menghadap hutan, sebab kolej pun keliling hutan.
Mimpi
“Malam tu room mate aku mimpi dia nampak perempuan pakai baju orang lama (kalau tak silap) rupa dia dari belakang macam aku, humming lagu yang aku nyanyi. Bila dia tegur benda tu pusing, muka dia gelap, macam terbakar. Lepas tu member sedar, tapi tak boleh bangun dia kena tindih.
“Aku mengucap, then dia hela nafas lega. Pastu dia cerita dia kena kacau benda macam aku, ditindih dia gelakkan dia. Biasalah student penat, pastu tidur kena tindih pulak mana dia tak bengang.
“Kami kawan baik, aku selalu kena tapi dekat mimpi lah selalunya dia yg selalu kena fizikal. Banyak je lagi benda macam tu kami kena sama-sama, maybe sebab kami rapat dari kecik kot. Ada juga cerita benda yang orang hantar test power kami sebab pandai-pandai tolong budak sakit. Orang kolej minta tolong, since kami lokal, bagi jelah air baca-baca, sapu minyak bidara sikit,” tulisnya.