Berita
"Guru Ingin Buat Kerja Sambilan Perlu Dapatkan Kebenaran KPM" - Menteri
Guru yang ingin melakukan kerja sambilan perlu mendapatkan kebenaran Kementerian Pendidikan (KPM) terlebih dahulu, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
BERITA TRENDING: "Mansuh Peperiksaan UPSR, PT3 Bukan Saya Tapi MP Putrajaya" - Fadhlina Sidek
Beliau berkata, satu garis panduan yang jelas telah wujud ketika ini menyebut tentang perkara berkenaan."Dan, apa sahaja keperluan (kerja sambilan) yang mereka buat tidak boleh mengganggu tugas hakiki mereka. Ia juga tidak boleh dilakukan semasa menjalankan tugas hakiki.
"Jadi, pesan saya berilah tumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran (PdP) sedia ada. Ini komitmen kita untuk tingkatkan kualiti pendidikan negara dan kita perlukan guru yang fokus dalam kelas, khususnya PdP," katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas lambakan pegawai perkhidmatan pendidikan yang menjalankan kerja sambilan.
BERITA TRENDING: "Momen Ambil Scroll Paling Diingati" - Wan Najdi Terkejut Menteri Kenal, Sempat Bersapa 10 Saat Di Pentas Konvokesyen!
Sementara itu, Fadhlina menafikan dakwaan sekiranya permohonan guru untuk bertukar hanya lebih cepat dan mudah apabila tular di media sosial."Tidak betul. Kena ikut proses. Mana ada permohonan tidak ikut proses (tular). Keutamaan kita di KPM dalam perkara ini adalah keperluan pendidikan itu sendiri iaitu pertukaran tidak menjejaskan pendidikan. Kena tengok keseluruhan keperluan dan profesionalisme guru.
"Sebarang pertukaran kena ambil kira ekosistem pendidikan. Keutamaan kita masih lagi pada isu jarak jauh, keselamatan, kesihatan dan sebab-sebab lain yang kita pertimbangkan dalam konteks kebajikan guru.
"Setakat ini, pertukaran tertinggi adalah disebabkan pasangan jarak jauh," katanya ketika menjawab mengenai isu guru 'duka lara'.
Fadhlina berkata permohonan pertukaran penempatan mengajar dibuka sepanjang tahun namun pertukaran hanya akan dibuat pada cuti sekolah.
BERITA TRENDING: Guru Wanita Bercinta Dengan Pelajar Lelaki Direhatkan
Sumber: Berita HarianMust-Watch Video