Viral
Guru Wanita Bercinta Dengan Pelajar Lelaki Direhatkan
Guru wanita yang didakwa mencabul seorang pelajar lelaki dalam kes tular baru-baru ini, direhatkan sehingga siasatan kes itu selesai.
BERITA TRENDING: Isu Cikgu Jalin Hubungan Terlarang Bersama Pelajar, Ibu Dakwa Pernah Ada Kesan Lebam Di Leher Pelajar?
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, guru wanita itu perlu mematuhi sepenuhnya proses siasatan kes itu yang dijalankan oleh pihak polis terlebih dahulu dan kemudiannya Kementerian Pendidikan (KPM).
"Ketika ini kami (KPM) mengambil pendekatan untuk melindungi anak-anak kita sepenuhnya, jadi guru itu tidak ada langsung kaitan atau pun akses kepada para pelajar, dia direhatkan sehingga siasatan selesai.
"Dia kena mematuhi sepenuhnya proses siasatan terlebih dahulu, jadi buat masa sekarang ini siasatan polis dan dakwaan, barulah kita boleh ambil tindakan di peringkat KPM,” katanya.
BERITA TRENDING: Polis Siasat Dakwaan Guru Jalin Hubungan Cinta Dengan Pelajar Lelaki
Media sebelum ini melaporkan, KPM akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap guru wanita yang didakwa menjalin hubungan dengan pelajarnya yang berusia 17 tahun, selepas siasatan polis selesai.
Terdahulu Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof dilaporkan berkata, pihaknya telah merakam keterangan guru wanita berusia 37 tahun itu.
Ibu mangsa membuat laporan polis pada 12 Disember lepas, mendakwa suspek mencabul anaknya ketika mengulang kaji pelajaran di perpustakaan. - Bernama
Must-Watch Video