Hiburan
Hadiahkan Ibu Kereta Mewah, Zizan Razak Tak Ada Niat Nak Menunjuk – “Material Bukan Keutamaan”
Berjaya merealisasikan impian ibu untuk memiliki sebuah kereta berjenama mewah, pelakon dan pelawak, Zizan Razak tidak pernah menjadikan material sebagai salah satu cara menggembirakan hati ibu bapa.
Menurut Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abdul Razak, 40, pemberian kereta baru-baru ini bukanlah bertujuan untuk menunjuk-nunjuk, sebaliknya hanya mahu memenuhi hasrat ibunya yang belum tercapai.
“Saya takut sangat nak cakap pasal harga kereta tu, pada saya bukan harga dan kereta tu yang penting, saya takut jadi riak bila bercakap tentang ini, tapi salah satu sebab saya belikan sebab ibu saya dah lama idamkan kereta tu.
“Material bukan keutamaan untuk hiburkan atau buat ibu bapa kita tersenyum. Pada saya buat apa sahaja, janji mereka gembira. Tetapi sebabkan ibu saya dia punya idaman nak kereta ni, saya rasa saya mampu, jadi saya belikanlah.
“Saya nampaklah riak wajah dia, dia menangis apa semua, jadi saya nampak dia betul-betul nak kereta tu. Jadi pada saya selagi ada ibu bapa jagalah mereka sebaik-baiknya,” kongsinya.
Sementara itu, Zizan ketika disoal tentang jodoh mengakui berniat untuk mendirikan rumah tangga namun tidak menafikan dirinya mempunyai banyak komitmen lain untuk difikirkan.
“Nak kahwin nak kenal-kenal keluarga apa semua, saya pula makin berniat, makin sibuk, banyak benda lain yang saya kena fokuskan, rumah dan macam-macam lagi. Saya tak tahu macam mana, tapi kalau ada jodoh tu ada lah.
“Tapi saya tidaklah fikir kalau saya kahwin kerjaya saya habis, saya akan cuba dengan cara saya, kalau saya kahwin saya kena uruskan kerjaya dan juga isteri serta anak-anak,” katanya.
Terdahulu, Zizan ditemui selepas sesi Up Close and Personal With Zizan Razak yang berlangsung di theatrette Astro di mana komedian itu berceritakan tentang perjalanannya dalam karier sebagai seorang anak seni.
BERITA TRENDING: Ibu Menangis, Zizan Buat Kejutan Hadiahkan Kereta Mercedes Idaman - “Terus Sebak…”
BERITA TRENDING: Netizen Puji Zizan Tak Berkira Dengan Adik Beradik- “Bahagia Je Tengok Muka Abang Dia Senyum Dapat Hadiah…