Hael Menangis Lihat Persembahan Nadeera, Peminat Terharu - “Dia Memang Nak Angkat Nadeera Dalam…”
Peminat penyanyi dan komposer Hael Husaini meluahkan rasa terharu apabila melihat Hael menangis sewaktu menonton persembahan Nadeera Zaini di pentas Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39).
Menerusi hantaran di laman X, peminat dapat melihat betapa Hael benar-benar berusaha mengangkat nama Nadeera dalam industri muzik.
“To be honest kan, i tengok Hael memang nak angkat Nadeera dalam industry muzik ni. Boleh nampak cara dia push, jaga & rooting for Nadeera since day 1. Dia nampak dan percaya dengan bakat yang ada dalam diri Nadeera.
“Time semifinal tu pun nampak sangat muka Hael tak happy nama Nadeera belum disebut. Hael macam, "kalau aku dapat, kau mesti dapat jugak" & as abang, "kalau aku tak dapat tidak apa, yang penting kau dapat. Faham tak macam mana Hael rooting for Nadeera tu??? Malam ni pun dia paling happy Nadeera menang.