Laman Utama

Hailey Bieber Benci Didakwa Bergaduh Dengan Selena Gomez Kerana Lelaki

Maliah Surip
02/07/2023
14:50 MYT
Sponsor Banner
Hailey Bieber Benci Didakwa Bergaduh Dengan Selena Gomez Kerana Lelaki
Hailey Bieber mengaku benci dan mahu menghentikan persepsi masyarakat terhadap dirinya dan Selena Gomez bermasam muka atau tidak menyukai antara satu sama lain kerana seorang lelaki iaitu Justin Bieber.
Justin Bieber seorang penyanyi fenomena dunia adalah bekas kekasih Gomez yang kini menjadi suami kepada model terkenal Hailey.
BACA: Hailey Bieber Teringin Anak Dengan Justin Bieber Tapi Takut, Rasa Tak Selamat
Sejak mereka bercinta hingga berkahwin, spekulasi bertebaran mengenai keduanya bermasam muka.
Sewaktu menjawab persoalan yang dilemparkan hos Emily Chang dalam satu rancangan, wanita itu menjelaskan dirinya tidak mempunyai masalah dengan Gomez tetapi banyak pihak yang memutar belitkan dan memanfaat situasi sehingga membuat hubungan mereka berdua nampak buruk.
BACA: Rampas Justin Bieber Dari Selena Gomez, Hailey: “Saya Dibesarkan Lebih Baik Dari Itu”
“Ini bukan tentang dua wanita tapi tentang kebencian, cerita yang diputar belit sehingga menjadikan ia sebuah naratif yang buruk. Ini berbahaya,” katanya seperti dilaporkan BBC.
Hailey kemudian menambah apa yang paling dibenci adalah naratif kisah dirinya dan Gomez berkisar tentang seorang lelaki.
“Saya bencikannya. Saya bencinya sejak dulu sehingga menimbulkan banyak kesalahfahaman.
BACA: Hidap Bipolar, Selena Gomez: “Dunia Akan Lebih Baik Tanpa Saya”
“Sudah banyak kali saya katakan tidak ada apa yang berlaku di antara kami (Gomez). Dan saya kecewa apabila masih ramai yang memikirkan ia tentang seorang lelaki,” tambahnya.
Bieber dan Hailey berkahwin pada 2018 selepas penyanyi itu menjalani hubungan sambung-putus dengan Gomez selama beberapa tahun.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar