Laman Utama

Hebat! Ma, I Love You Raih RM1.2 Juta Dalam Masa 3 Hari Tayangan

Syafiqah Jalal
25/01/2023
11:42 MYT
Sponsor Banner
Hebat! Ma, I Love You Raih RM1.2 Juta Dalam Masa 3 Hari Tayangan
Sutradara tersohor, Chiu Keng Guan yang terkenal dengan kemampuannya menghasilkan naskhah menyentuh perasaan serta pecah panggung seperti The Journey, Olabola kini mengulanginya menerusi filem terbarunya Ma, I Love You apabila berjaya meraih kutipan RM1.2j uta hanya dalam tempoh tiga hari tayangan.
Ma, I Love You terbitan Astro Shaw dan Multimedia Entertainment selaku penerbit bersama telah ditayangkan di pawagam mulai 22 Januari lalu.
Istimewa buat rakyat Malaysia, banyak elemen tempatan digarapkan dalam filem ini. Walaupun sebuah filem sempena Tahun Baru Cina, pelbagai bahasa yang dituturkan dalam filem ini seperti Mandarin, Kantonis, Melayu, dan Inggeris.
Bukan itu sahaja, kehidupan dan situasi yang dekat dengan masyarakat tempatan juga dipaparkan. Jadi tidak hairanlah Chiu Keng Guan dikenali sebagai The King of Malaysian Movies, seperti yang dipetik media South East Asian Globe.
Pengarah Ma, I Love You, Chiu Keng Guan bersyukur kerana filem itu mendapat sambutan memberangsangkan daripada penonton.
“Niat saya menghasilkan filem ini bukan sahaja memberi hiburan semata-mata, tetapi turut memberi pengajaran serta mampu mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan kepada penonton tercapai.
“Saya merasa sangat terharu apabila melihat reaksi penonton selepas menonton filem ini, ada yang berpelukan sesama keluarga dan ada yang memberitahu saya, mereka mula tersedar kasih saying itu perlu diluahkan atau ditunjukkan supaya menampakkan ia lebih menghargai.
“Saya berharap kepada sesiapa yang belum sempat menonton filem ini dapat meluangkan masa menonton filem ini bersama keluarga. Saya percaya momen bersama menonton dengan yang tersayang akan menjadi satu kenangan yang sangat manis buat anda sekeluarga,” katanya dalam kenyataan media.
Filem bertemakan kekeluargaan ini mengisahkan Bee Ling, seorang ibu tunggal dan anak perempuannya, Qi Qi. Bagi Bee Ling, kehidupannya sangat bahagia.
Qi Qi adalah segala-gala buatnya sehinggalah Bee Ling mengetahui rancangan rahsia Qi Qi untuk menyambung pengajian di Perancis. Bee Ling terasa dikhianati oleh anaknya sendiri dan nekad untuk menghalang hasrat Qi Qi.
Apakah yang akan dilakukan oleh Bee Ling dan berjayakah Qi Qi meneruskan impiannya? Saksikan Ma I Love You yang bakal berada di pawagam pada Tahun Baru Cina ini.
Ma I Love You Turut menampilkan dua lagu tema iaitu ‘How Do We Say Goodbye?’ yang dinyanyikan oleh Jess Lee dan sebuah lagu berbahasa Perancis bertajuk ‘Bonjour’ yang digubah oleh Froya.
Ma, I Love Yo dibintangi oleh Ong Ai Leng, Siow Li Xuan, Loh Lai Kan, Felina Cheah dan Phei Yong. Lebih menarik lagi, penampilan istimewa daripada selebriti popular Malaysia sepertiHwang Yifei, Siow Hui Mei , Michie Lam, Klay Heng, OkokokMou, Ho YuHang dan Lalala Endy.
Chiu mengajak anda semua untuk “Tunjukkan kasih sayang anda, Saya sayang Ibu dan Ayah!”. Kempen ini merupakan salah satu usaha bagi mempromosikan filem ini bersesuaian dengan mesej yang ingin disampaikan.
Salah satu aktiviti yang dijalankan di lokasi pawagam GSC yang terpilih adalah peraduan istimewa Shout Out Loud Ma, I Love You Contest bermula 21 Jan 2023, di mana penonton hanya perlu ke pawagam GSC dan merakam video luahan rasa sayang anda di tempat yang telah disediakan. Maklumat lanjut boleh ditemui menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter GSC dan Astro Shaw.
Filem Ma, I Love You mendapat kerjasama dan sokongan daripada beberapa pihak Coway sebagai Penaja Utama, McDonald’s dan Seasons merupakan penaja bersama untuk filem ini. Penaja lain adalah seperti Singapore Airline, Scoot Air dan Alliance Francaise Kuala Lumpur.
Ikuti informasi dan klip terkini filem Ma, I Love You menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw dan Astro Gempak.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar