Viral
Heboh Pasangan Viral Nikah Sederhana Telah Sah Cerai? Tuan Badan Tampil Respons
Heboh di media sosial kini apabila seorang individu mendakwa rumah tangga pasangan tular yang bernikah secara sederhana pada 2023 telah sah bercerai.
Dakwa Dah Bercerai
Menerusi muat naik di X, individu tersebut mendakwa pasangan yang pernah tular tersebut telah sah bercerai.
“Lah cerai dah pengantin nikah sederhana tahun 2023 yang tak ada hantaran tu,” dakwanya.
Biarpun tidak mendedahkan nama mana-mana pihak, dakwaan individu tersebut ternyata mengundang spekulasi ramai.
Malah, rata-rata netizen turut menyangkal dakwaan individu tersebut yang mendakwa rumah tangga pasangan tular tersebut telah musnah.
Dalam pada itu, ada juga yang dapat mengetahui siapakah pasangan yang tular tersebut seperti yang didakwa.
Tuan Badan Tampil Respons
Sedar nama dipetik ramai di ruangan komen, seorang wanita yang difahamkan pasangan tular tersebut tampil memberi respons terhadap dakwaan berhubung rumah tangganya itu.
“Bila masa saya bercerai? Alhamdulillah masih sah dan halal,” balasnya di ruangan komen.
Terdahulu, pasangan tersebut tular kerana hanya mengeluarkan bajet tidak lebih RM1,000 untuk majlis pernikahan mereka.
Majlis tersebut turut diadakan secara sederhana tanpa hantaran dan solekan berikutan keputusan kedua-dua belah pihak.