Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Viral

Hidap Tonsurephobia, Budak Lelaki Tak Pernah Potong Rambut Mahu Dibuang Sekolah

Maliah Surip 22/05/2024 | 13:44 MYT
Seorang kanak-kanak lelaki tidak pernah memotong rambutnya selama 12 tahun dan perkara tersebut mula ‘menyusahkan’ dirinya kini.
Farouk James bagaimanapun tidak pernah memotong rambutnya selama 12 tahun bukan kerana tidak mahu tetapi mendakwa dirinya mengidap Tonsurephobia.

Apa itu tonsurephobia?

Tonsurephobia adalah perasaan takut melampau untuk memotong rambut.
Namun James berdepan masalah apabila pihak sekolah mahu dia berambut pendek sesuai dengan peraturan buat pelajar lelaki dan berdepan tindakan buang sekolah jika tidak memotong rambutnya.

“Saya mengidap Tonsurephobia dan Narcolepsy yang membuatkan saya senang tidur nyenyak.

“Dan sewaktu tidur nyenyak itulah saya akan mengalami mimpi ngeri apabila rambut saya dipotong.
“Walaupun ibu dan bapa saya telah menunjukkan bukti diagnos yang diberi doktor, pihak sekolah tidak percaya. Pihak sekolah berasa itu hanya alasan untuk saya terus bersekolah dan menyimpan rambut panjang,” ujar James seperti dilaporkan OddityCentral.
James malah telah didenda beberapa kali kerana masalah rambut panjang.

BERITA TRENDING: Seminggu Mimi Lana Menangis Sebab Potong Rambut Pendek - “Saya Rasa Tak Boleh Terima…”

PILIHAN PEMBACA: "Itu Bukan Rambut Saya" - Yuna Perjelas Salah Faham Konsep Rambu-Ramba Keluar Tudung

#Viral #sekolah #Rambut #Tonsurephobia
;