Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

Hidup Susah, Bekas Pelakon Drama Dibayar RM830 Teman ‘Pakcik’ Tidur

Maliah Surip 19/12/2024 | 12:50 MYT
Seorang bekas pelakon sinetron atau drama yang pernah terkenal satu ketika dahulu mengaku pernah melakukan kerja ‘terkutuk’ demi bertahan hidup.
Talitha Curtis, 22, mendedahkan kerana kesempitan hidup dia pernah menjadi gadis peneman karaoke sehingga tidur bersama warga emas untuk mendapatkan wang.

BERITA TRENDING: Curang, Pelakon Andrew Andika Dakwa Dua Tahun Tidak Lakukan S*ks Dengan Isteri

Fasa hitam itu terjadi selepas pelakon yang pernah membintangi naskhah Ganteng Ganteng Serigala beberapa tahun silam.
“Saya pernah menjalani dunia gelap, dunia ‘kehidupan malam’ di pusat karaoke.
“Demi bertahan hidup saya juga ‘bercinta’ dengan lelaki tua. Tidur dengan mereka.
“Untuk apa? Untuk bertahan hidup. Dapat sekitar RM830 buat hidup keesokkan hari,” dedah Talitha sewaktu menjadi tetamu di podcast Denny Sumargo seperti dilaporkan Viva.co.id.

BERITA TRENDING: “Selama Ini Memang Saya Suka Karaoke..” - Tak Tolak Jadi Penyanyi, Adriana Adnan Pergi Kelas Vokal -

BERITA TRENDING: Pelakon Sudah Jadi Ustazah Menangis, Rayu TV Tidak Tayang Ulang Sinetron

Akui Talitha yang mendedahkan ibunya pernah melakukan pekerjaan sama suatu ketika dahulu, dia akan segera melupakan semua hal yang terjadi pada malam kejadian untuk kembali hidup keesokkan harinya.
Menurut Talitha dunia gelap itu sudah ditinggalkan dan dia berharap untuk tidak kembali terjerumus dengan pekerjaan tersebut.
Kini tidak lagi menjadi pelakon, Talitha bahagia menjalankan perniagaan menjual makanan goreng di tepi jalan untuk menampung kehidupannya.

BERITA TRENDING: Netizen Kecam Artis Berkaraoke Sakan Malam Ramadan - "Namamu Harus Sejajar Sama Bulan Ramadan"

#pelakon #Drama #Tidur #Teman #Pak Cik #Talitha Curtis
;