Viral

Hilangnya Bakal Pendidik Bangsa, Nur Farah Kartini Graduan Cemerlang Dengan GPA 4.0 - “Banyak Cabaran Sepanjang Tempoh Pengajian Ini Tapi…”

Asyikin Mayudin
17/07/2024
01:55 MYT
Sponsor Banner
Hilangnya Bakal Pendidik Bangsa, Nur Farah Kartini Graduan Cemerlang Dengan GPA 4.0 - “Banyak Cabaran Sepanjang Tempoh Pengajian Ini Tapi…”
Seluruh rakyat Malaysia terkesan dengan berita mengenai kes pembunuhan tragis yang membabitkan seorang wanita bernama Nur Farah Kartini yang mayatnya ditemui di ladang kelapa sawit, Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor pada Isnin.

Arwah Bekas Penuntut UPSI

Tragedi menyayat hati itu menjadi perhatian umum disebabkan mangsa yang juga bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dipercayai telah dibunuh.
Lebih memilukan, negara boleh dikatakan sudah kehilangan permata kerana Allahyarham Nur Farah Kartini adalah seorang graduan yang cemerlang dan juga bakal pendidik bangsa.

ARTIKEL BERKAITAN: Keluarga Farah Kartini Mohon Henti Keluar Kenyataan Gores Hati

ARTIKEL BERKAITAN: PDRM Gerakkan Pasukan Penyelam Cari Telefon Pintar Milik Farah Kartini

Arwah sepatutnya menjadi penyumbang terhadap pembangunan modal insan, demi masa depan negara yang lebih baik, malangnya semua itu tidak akan pernah berlaku setelah nyawanya berakhir di tangan si pelaku.

Tamat Pengajian Ijazah Sarjana Muda

Malah sebelum ini tular posting terakhir arwah di laman sosial mengenai berita gembira dia menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Multimedia) di UPSI.
Apa yang membanggakan ialah Nur Farah Kartini adalah pelajar cemerlang yang mendapat keputusan peperiksaaan dengan Purata Gred Nilai (GPA) 4.0.

"Bermulanya bab baharu. Alhamdulillah, perjuangan empat tahun dah tamat. Banyak cabaran sepanjang tempoh pengajian ni tapi Alhamdulillah masih dikuatkan jiwa dan raga untuk bertahan.

"Terima kasih juga untuk sahabat yang selalu ada di saat susah dan senang. Struggle nak siapkan tugasan, fyp, laporan, lepas tu tidur berjemaah dekat student lounge semata-mata nak siapkan kerja.
"Jadi sekarang kita road to convo. Kepada bonda tersayang, anak bonda dah besar," tulisnya menerusi satu hantaran.
Laman sosial pula dipenuhi dengan luahan rasa geram, marah, sedih dan kecewa terhadap kekejaman yang dilakukan kepada wanita berusia 25 tahun ini.

Kongsi Video Di TikTok

Kali terakhir Allahyarham Nur Farah Kartini berkongsi video di TikTok memperlihatkan dia bersama rakan-rakan menikmati percutian di sebuah pulau di Terengganu pada 23 Jun lalu.
Penahanan seorang lelaki yang merupakan anggota polis, bertugas di Kontinjen Perak dipercayai sebagai suspek, menambahkan lagi kemarahan orang awam yang menganggap kes pembunuhan tersebut tidak sepatutnya berlaku.
Terdahulu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, mayat Nur Farah Kartini, 25, ditemui kira-kira pukul 6 petang Isnin.
@nurfarahkartini nikmati hari ini ~ #cousemate #healing #nature #terengganu #pulaukapas #bukitsinga #pulauredang ♬ Lagu Untuk Hari Ini - Keisya Levronka
Media sebelum ini melaporkan Nur Farah Kartini yang berasal dari Sarawak, hilang pada Rabu lalu, selepas dipercayai menghantar kereta sewa kepada pelanggan.
Laporan polis kemudiannya dibuat atas kehilangan mangsa pada pukul 1.56 pagi.
Mangsa dilaporkan dilihat kali terakhir memakai pakaian korporat berwarna biru, bertudung dan mengenakan seluar slack hitam.
Susulan itu, suspek yang juga anggota polis berusia 26 tahun direman selama tujuh hari sehingga 22 Julai bagi membantu siasatan.

ARTIKEL BERKAITAN: "Silap Anak Saya, Dia Tidak Membuat Laporan Polis Bila Diugut & Mengambil Tindakan Sendiri," - Bapa Suspek Kes Bunuh Nur Farah Kartini

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Rakan Dedah Momen Terakhir Farah Kartini, Lambaian Terakhir Buat Ramai Sebak - "Tak Percaya Ayat Terakhir Awak Untuk Kami"

ARTIKEL BERKAITAN: Kronologi Kes Bunuh Nur Farah Kartini

ARTIKEL BERKAITAN: "Mati Rasa Hanya Kerana Dikecewa & Disia-Sia" - Farah Kartini

Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024