,
Viral

[VIDEO] Rakan Dedah Momen Terakhir Farah Kartini, Lambaian Terakhir Buat Ramai Sebak - "Tak Percaya Ayat Terakhir Awak Untuk Kami"

Gempak
16/07/2024
10:55 MYT
[VIDEO] Rakan Dedah Momen Terakhir Farah Kartini, Lambaian Terakhir Buat Ramai Sebak - "Tak Percaya Ayat Terakhir Awak Untuk Kami"
Rakan kepada wanita yang dipercayai dibunuh, Nur Farah Kartini berkongsi sebuah rakaman video yang memaparkan momen terakhir Nur Farah bersamanya.

Lambaian Terakhir

Menerusi muat naik rakan yang dikenali sebagai Yun Ahmad di TikTok, Nur Farah Kartini dilihat sedang berada di lapangan terbang.
Lebih menyedihkan, Nur Farah Kartini turut melambai ke arah rakan-rakannya dan mengucapkan selamat tinggal sebelum ke balai pelepasan.
Sedih dengan kehilangan tersebut, Yun reda dengan ketentuan Yang Maha Esa serta mendoakan Nur Farah.
“Kepulangan yang kami nantikan tapi Allah lebih sayang Farah untuk kembali kepadaNya.

“Tak percaya, ayat terakhir awak untuk kami, ‘bye Donny, Nani, Yuni..jumpa lagi, sayang korang.’

“Kami pun sayang kau Farah, tapi Allah lebih sayangkan kau. Semoga ditempatkan di dalam kalangan orang yang beriman. Tunggu kami di sana. Al-Fatihah,” coret Yun.
@yun.ahmd Kepulangan yang kami nantikan tapi Allah lebih sayang farah untuk kembali kepada-Nya. Can't believe that was your last word for us???. Bye Donny, bye Nani, bye Yuni, jumpa gik, SAYANG torang?????????. Kamek orang pun SAYANG kau lalu² FARAH!!!!????? Tapi Allah lebih SAYANG kau. Semoga ditempatkan di dalam kalangan orang yang beriman, tunggu kamek org kt sinun k???????????. Al-fatihah??? #foryoupage #tanjungmalim #fyppppppppppppppppppppppp #tanjungmalim #viral @ఇ ◝‿◜ ఇ @DAS @Iamfaa✨ ♬ Kemarin - Seventeen
Terdahulu, mayat Nur Farah Kartini yang hilang sejak 10 Julai lalu selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan, ditemui di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, kira-kira jam 6 petang, pada Isnin.
Susulan itu, polis menahan seorang suspek yang juga anggota polis berusia 26 tahun yang reman hari ini di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu. Kes disiasat mengikut 302 Kanun Keseksaan.
Minggu lalu, polis menerima laporan tentang kehilangan mangsa pada Rabu lalu jam 1.56 pagi selepas mangsa menghantar kereta sewa kepada pelanggan.

ARTIKEL BERKAITAN: "Pasal Lelaki Itu Saya Tak Tahu Apa-Apa" - Abang Farah Kartini

ARTIKEL BERKAITAN: Mayat Hampir Reput, Nur Farah Kartini Dipercayai Sudah Meninggal Dunia Beberapa Hari - “Belum Dapat Dipastikan Kecederaan Yang Ada”
ARTIKEL BERKAITAN: Polis Siasat Menyeluruh Motif Pembunuhan Nur Farah Kartini
ARTIKEL BERKAITAN: Berang Diugut Dedah Hubungan Sulit Dengan Isteri Disyaki Punca Nur Farah Kartini Dibunuh
ARTIKEL BERKAITAN: Suspek Bunuh Farah Kartini Adalah Teman Lelaki, Seorang Anggota Polis
ARTIKEL BERKAITAN: Suspek Kes Kematian Nur Farah Kartini Direman 7 Hari
ARTIKEL BERKAITAN: Mayat Farah Kartini Ditemui, Dipercayai Dibunuh Individu Dikenali
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Selepas Lebih Sebulan, Barangan Milik Allahyarham Farah Kartini Dihantar Pulang

gempak
30/08/2024
00:25 MYT
Selepas lebih sebulan, semua barangan milik pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Allahyarham Nur Farah Kartini Abdullah yang ditemui mati dipercayai dibunuh dihantar pulang ke kediaman keluarganya di Sarawak.
Berita

Kes Bunuh Farah Kartini: Isteri Tertuduh Belum Bersedia Tampil

gempak
26/07/2024
04:33 MYT
Isteri kepada Muhammad Alif Monjani, yang didakwa atas pertuduhan membunuh Nur Farah Kartini Abdullah pada 10 Julai lalu, masih belum bersedia untuk hadir ke Mahkamah Kuala Kubu Bharu bagi mengikuti kes pertuduhan terhadap suaminya, pada Jumaat.
Berita

Kes Bunuh Farah Kartini: Suspek Tiba Di Mahkamah

gempak
26/07/2024
01:35 MYT
Anggota polis yang ditahan berkait pembunuhan graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Nur Farah Kartini Abdullah, tiba di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor, pagi Jumaat.
Berita

Abang Farah Kartini Dakwa Jumpa Suspek 4 Hari Selepas Adik Hilang - "Dia Nampak Takut-Takut"

gempak
24/07/2024
17:00 MYT
Abang kepada Allahyarhamah Nur Farah Kartini iaitu Mohd Farriza Azmi mendakwa dirinya ada berjumpa dengan lelaki yang didakwa terlibat dengan kes pembunuhan adiknya sebelum suspek berkenaan ditahan pihak polis.
Berita

Kes Bunuh Farah Kartini: Unit Siasatan Forensik Jumpa Kunci Kereta

gempak
22/07/2024
08:10 MYT
Unit Siasatan Forensik Sub Akuatik Polis Diraja Malaysia (PDRM) menemukan kunci kereta dipercayai mempunyai kaitan dengan pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah ketika melakukan pencarian bahan bukti di Sungai Trolak Kampung Batu 4 pada Isnin.