Berita

"Silap Anak Saya, Dia Tidak Membuat Laporan Polis Bila Diugut & Mengambil Tindakan Sendiri," - Bapa Suspek Kes Bunuh Nur Farah Kartini

gempak
Gempak
16/07/2024
11:40 MYT
Sponsor Banner
"Silap Anak Saya, Dia Tidak Membuat Laporan Polis Bila Diugut & Mengambil Tindakan Sendiri," - Bapa Suspek Kes Bunuh Nur Farah Kartini
Keluarga kepada suspek pembunuhan bekas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah, 25, menerima seadanya ujian yang sedang melanda mereka sekeluarga.
Bapa suspek berusia 64 tahun, berkata, apa yang salah tetap salah dan anaknya perlu menerima hukuman jika benar dia bersalah meskipun berat untuk mereka sekeluarga menerimanya.
Menurutnya, suspek yang telah empat tahun berkhidmat sebagai anggota polis merupakan seorang anak yang baik dan bertanggungjawab selain menjadi anak harapan keluarga memandangkan dalam adik-beradiknya, dia dan seorang lagi kakaknya yang bekerja dalam kerajaan.
Katanya, suspek yang sedang bercuti sejak Rabu lepas hingga Rabu ini datang ke rumahnya di Sungai Rambai pada Khamis lalu sebelum mendapat panggilan untuk segera pulang ke balai dia bertugas.
"Ketika itu dia tak banyak bercakap dan kelihatan sugul sebelum bergerak pulang.
"Apa pun saya terima seadanya, kalau apa-apa yang terjadi ini kehendak takdir ALLAH, saya percaya pada takdir ALLAH," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Parit Sidang Seman, Sungai Rambai di sini pada Selasa.
Bagaimanapun dia berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi dan menyerahkan kepada pihak polis untuk menyiasat kes tersebut.
"Silap anak saya, dia tidak membuat laporan polis bila diugut dan mengambil tindakan sendiri," katanya sebak.
Sebelum ini, media melaporkan mayat Nur Farah Kartini yang hilang sejak 10 Julai lalu ditemukan pada petang Isnin.
Mangsa didapati hilang selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan di Perak.
Mayat mangsa yang dipercayai dibunuh individu dikenali ditemui di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, tidak jauh dari Felda Gedangsa di Hulu Selangor, pada 6 petang, sebelum polis menahan seorang penjawat awam lelaki berusia 26 tahun.
Suspek direman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sumber - Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024