Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

“Hinaan & Doa Suami Saya Lumpuh Melampau, Semoga Tidak Berbalik Pada Anda” - Eyra Hazali Mohon Netizen Jaga Percakapan

Mya Amri 15/12/2024 | 05:55 MYT
Pelakon, Eyra Hazali meluahkan rasa kesal dengan tindakan segelintir netizen mengecam suaminya yang juga merupakan penjaga gawang gol skuad Harimau Malaya, Muhammad Haziq Nadzli.

Doakan suami lumpuh memang melampau Menurut Eyra atau nama sebenarnya Hazira Qasdina Hazali, 25, dia dapat menerima segala kecaman yang dilemparkan tetapi jika sampai tahap mendoakan suaminya lumpuh selain melibatkan anak-anak itu sangat melampau.

“Caci makian yang anda lemparkan, kami boleh terima.

“Tapi hinaan, mendoakan suami saya lumpuh, melibatkan anak-anak kami adalah melampau,” tulisnya menerusi hantaran di Insta Story.

Mohon netizen jaga percakapan

Dalam hantaran yang sama, Eyra juga menyatakan dia tetap memberikan sokongan terhadap suaminya dan berharap doa-doa buruk yang dilemparkan netizen tidak berbalik kepada diri mereka.

“Saya berdoa semoga doa-doa itu tidak berbalik pada anda dan keluarga dan ya, Haziq tetap mendapat sokongan kami,” tulisnya.

Terdahulu, netizen meluahkan rasa marah dan mendakwa Haziq menjadi punca kekalahan Harimau Malaya kepada Thailand dalam aksi ketiga Kumpulan A Piala ASEAN pada Sabtu.
Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Rajamangla, Bangkok itu, Haziq dikatakan memberi laluan mudah untuk pemain lawan, Partrik Gustavsson menjaringkan gol kemenangan pada minit 57 selepas gagal mengeluarkan bola dari kawasan bahaya dengan selamat.
Keputusan perlawanan menyaksikan skuad Harimau Malaya tewas 0-1 terhadap pasukan tuan rumah.

ARTIKEL BERKAITAN:Ini Penjelasan Pakar Mengenai Masalah Buah Pinggang Kering Yang Dihidapi Oleh Anak Kedua Eyra Hazali

ARTIKEL BERKAITAN:Suami Sepupu Eyra Hazali Salah Seorang Mangsa Nahas Helikopter TLDM - “Al-Fatihah Kepada Semua Yang Terlibat…”

ARTIKEL BERKAITAN:“Tak Ajak Wife Sekali Ke Makan Makan?” - Ramai Setuju Bila Eyra Hazali Persoal Kenyataan Ruhainies, Aliff Aziz

ARTIKEL BERKAITAN:Ibu Selalu Pesan: “Nak Buat Perangai… Fikirlah Nama Ayah” - Eyra Hazali Sentiasa Pegang Nasihat Orang Tua

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Gelagat & Aksi Mesra Anak Eyra Hazali Dengan Bergson Da Silva Curi Perhatian Netizen - “Papa Awak Keeper Tau Bukan…”

#Sukan #Netizen #Harimau Malaya #Eyra Hazali #Haziq Nadzli #Penjaga #Gol
;