Laman Utama

Ibu Selalu Pesan: “Nak Buat Perangai… Fikirlah Nama Ayah” - Eyra Hazali Sentiasa Pegang Nasihat Orang Tua

gempak
Mya Amri
09/01/2023
03:43 MYT
Sponsor Banner
Ibu Selalu Pesan: “Nak Buat Perangai… Fikirlah Nama Ayah” - Eyra Hazali Sentiasa Pegang Nasihat Orang Tua
Pelakon, Eyra Hazali sentiasa berpegang kepada kata-kata nasihat yang sering diberikan oleh ibunya berkaitan dengan hubungan bersama ibu bapa.
Eyra menerusi satu hantaran di akaun Twitter miliknya menyatakan ibunya berpesan untuk sentiasa memikirkan nama baik keluarga.
“Ibu saya selalu pesan: nak buat perangai, tak fikir diri sendiri, tak apa.
“Tapi fikir lah nama ayah. Kemana saja korang pergi, korang bawa nama ayah sekali tau” tulisnya.
Dalam pada itu, pengikutnya juga menyatakan rasa setuju dengan pesanan ibunya itu.
“Sama dengan arwah ibu saya. Bezanya cuma sebelum buat salah, ingat mak abah… Tak kasihan kah tengok mak abah susah-susah cari rezeki siang malam untuk korang, tak mintak balas apa pun. Cukup jadi anak-anak yang baik untuk mak abah, kami dah syukur sangat dah,” tulis seorang netizen.
“Entah apa doa ibu dan ayah untuk aku sehinggakan aku bertahan hingga ke hari ini. Semoga syurga buatmu,” coret seorang lagi netizen.
Eyra mendirikan rumah tangga dengan pemain kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Haziq Nadzli pada 1 November 2019.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Hayder Qalish dan Endra.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024